awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori muatan cat terbabas: Pemandu maut, kelindan selamat

Aida Aziz
Aida Aziz
19/04/2022
03:51 MYT
Lori muatan cat terbabas: Pemandu maut, kelindan selamat
Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan susulan kemalangan di KM381.4 Lebuhraya Utara Selatan pagi ini. - Foto ihsan JBPM Perak
SLIM RIVER: Seorang pemandu lori maut selepas lori tiga tan yang membawa muatan cat dipandunya terbabas di bahu jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian di Kilometer 381.4 PLUS itu, seorang kelindan yang turut berada di dalam kenderaan tersebut selamat.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai M. Mohan, 67 tahun.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.39 pagi dan seterusnya anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Slim River bergegas ke lokasi.
"Terdapat dua mangsa dalam kemalangan yang membabitkan sebuah lori tiga tan (muatan cat) yang terbabas di bahu jalan di lebuh raya.
"Kemalangan itu menyebabkan pemandu tersepit dan disahkan maut oleh pasukan perubatan. Bagaimanapun, kelindan lori selamat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Foto JBPM Perak
Foto JBPM Perak
Katanya, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai oleh PBK II Saijul Amri Malik itu tamat pada jam 9.34 pagi.
Topic Berkaitan
#pemandu lori maut
#JBPM Perak
#lori muatan cat
#lori tiga tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan