awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut

Sinar Harian
Sinar Harian
11/01/2025
04:00 MYT
Lori muatan pasir terbabas, pemandu warga emas maut
Pasukan bomba mengeluarkan mangsa tersepit apabila lori membawa muatan pasir yang dipandunya terbabas di Kampung Menggaris, Kota Marudu.
KOTA MARUDU: Seorang lelaki warga emas maut apabila lori muatan pasir yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kampung Menggaris, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 68 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi tersebut.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu, Mohd Hasbi Hajat berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.49 pagi.
Katanya, seramai 10 anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Kota Marudu.
"Kemalangan melibatkan sebuah lori 10 tan yang membawa muatan pasir dan terbabas sendiri di tepi jalan.
"Terdapat seorang mangsa tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan peralatan khas. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Mohd Hasbi berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
"Operasi ditamatkan pada jam 9.10 pagi selepas memastikan keadaan selamat," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan lori
#Sabah
#lori pasir
#Kampung Menggaris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan