awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori pasir terbalik, Jambatan Pulau Pinang sesak

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/02/2018
04:39 MYT
Lori pasir terbalik, Jambatan Pulau Pinang sesak
Petugas PLUS sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan pasir di atas Jambatan Pulau Pinang - foto Ihsan Pembaca
Sebuah lori muatan pasir terbalik di kilometer 7.6 Jambatan Pulau Pinang dari arah Perai menuju ke bahagian Pulau menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk di kedua-dua arah.
Kemalangan berlaku sekitar jam 11.15 pagi selepas tayar lori berkenaan pancit menyebabkan kenderaan itu terbabas ke kanan jalan dan terbalik.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan berkata, akibat kejadian itu, lori pasir tersebut telah melanggar penghadang jalan lalu terbalik.
"Setakat ini, dua lorong ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja mengalihkan pasir dilakukan oleh pihak PLUS,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Jambatan Pulau Pinang
Lori pasir terbalik di KM 7.6 Jambatan Pulau Pinang arah pulau menyebabkan kesesakan teruk - foto Ihsan Pembaca
Nik Ros Azhar berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.
Kemalangan menyebabkan aliran trafik dikedua- dua arah bergerak perlahan.
Topic Berkaitan
#Jambatan Pulau Pinang
#kemalangan
#lori pasir
#lori terbalik
#Nik Ros Azhan
#Perai
#PLUS
#polis
#pulau pinang
#Seberang Perai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan