awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor umum “hadiah” hampir RM17 juta sempena Tahun Baharu Cina
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori tangki bawa bahan kimia bocor, R&R Tapah ditutup

Bernama
Bernama
28/06/2014
09:44 MYT
Lori tangki bawa bahan kimia bocor, R&R Tapah ditutup
BOMBA: Kebocoran dikesan berlaku pada satu daripada dua tangki lori berkenaan - Gambar Fail
Sebuah lori tangki yang membawa bahan kimia 'cuprum chloride solution' mengalami kebocoran di kawasan berhampiran susur keluar ke arah selatan dari Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Km332, Lebuhraya Utara-Selatan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Yahaya Madis berkata kebocoran dikesan berlaku pada satu daripada dua tangki lori berkenaan.
"Tangki yang bocor adalah yang berkapasiti lapan tan dan cecair telah mengalir ke dalam longkang berhampiran. Pasukan bomba dan PLUS telah membuat sekatan di dalam longkang itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata injap pada tangki berkenaan telah ditutup namun kebocoran masih berlaku.
Kejadian dilaporkan ke Balai Bomba dan Penyelamat Tapah pada pukul 12.58 tengah hari dan kini pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Pasir Puteh di sini berada di tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja penyelamatan dan pembersihan, katanya.
Jurucakap Plusline ketika dihubungi berkata kawasan R&R itu telah ditutup kepada kenderaan. "Jangka masa penutupan itu bergantung kepada kerja-kerja dan operasi kawalan serta pembersihan pihak bomba," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun setakat ini lalu lintas di laluan utama lebuh raya bergerak lancar.
Sementara itu Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tapah Insp Khairul Nizam Ismail berkata lori tangki tersebut disedari mengalami kebocoran apabila kenderaan itu mula memasuki lebuh raya selepas mengisi minyak di kawasan R&R Tapah.
"Kebocoran dikesan sebelum kenderaan itu memasuki lebuh raya. Sebelum itu lori tangki tersebut berhenti untuk mengisi minyak di stesen minyak berhampiran R&R Tapah," katanya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#lori tangki
#PLUS
#R&R
#Tapah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan