awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori tangki terbalik, laluan selepas Terowong Menora terkandas

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2016
04:21 MYT
Lori tangki terbalik, laluan selepas Terowong Menora terkandas
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.15 pagi Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Laluan ke utara Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) sebelum dan selepas Terowong Menora terkandas lebih 12 kilometer disebabkan sebuah lori tangki membawa minyak terbalik di Kilometer 256 lebuhraya berkenaan.
Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 8.15 pagi Sabtu apabila keempat-empat tayar belakang lori tangki itu yang membawa diesel itu tercabut menyebabkannya ia terbalik.
Pemandu dan kalendan lori tangki itu tidak mengalami kecederaan serius.
Pihak PLUS terpaksa menutup satu lorong arah selatan bagi memberi laluan kenderaan yang hendak ke utara meneruskan perjalanan.
Laluan selepas Terowong Menora terkandas akibat lori tangki terbalik.
Laluan selepas Terowong Menora terkandas akibat lori tangki terbalik.
Sehingga jam 11.30 pagi ini kerja-kerja pembersihan masih dilakukan pihak PLUS dan bomba.
Pegawai Bomba Kanan 2 dari Balai Bomba Kuala Kangsar, Zainal Ahmad Taken memberitahu, sebuah jentera dengan lima bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan.
"Pihak PLUS telah menyediakan serbuk kayu untuk mengelakkan minyak daripada terus mengalir di atas jalan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Pihak PLUS juga telah mengarahkan kenderaan yang ingin ke utara mengikut jalan lama Ipoh - Sungai Siput - Kuala Kangsar.
Topic Berkaitan
#lori tangki
#lori terbalik
#PLUS
#Terowong Menora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan