awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lori terbalik, 1 tan durian bertaburan di lebuh raya

Bernama
Bernama
23/06/2021
10:40 MYT
Lori terbalik, 1 tan durian bertaburan di lebuh raya
Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke KL dari Segamat terbalik dalam nahas di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Nilai. - Foto Sinar Harian
SEREMBAN: Sebuah lori dengan muatan durian yang sedang menuju ke Kuala Lumpur dari Segamat, Johor terbalik dalam nahas di Kilometer (Km) 279.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Arah Utara) berhampiran Nilai, dekat sini, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata kejadian berlaku kira-kira tujuh km dari kawasan rehat dan rawat (RnR) Seremban sekitar pukul 1.55 tengah hari.
"Kemalangan dikatakan berpunca apabila lori yang dipandu lelaki berumur 25 tahun itu hilang kawalan dipercayai selepas tayar belakang pada bahagian kiri kenderaan itu pecah sebelum terbabas dan terbalik di lorong kiri lebuh raya.
"Akibat kemalangan itu, pemandu lori dan kelindan berusia 52 tahun mengalami kecederaan ringan manakala buah durian yang dianggarkan seberat 1,000 kilogram (1 tan) bertaburan di atas jalan raya tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat Unit Siasatan Lebuhraya Bukit Aman di bawah "Rule 10 LN 166/59".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lori terbalik
#durian
#lebuh raya
#Kuala Lumpur
#Segamat
#nilai
#Lebuh Raya Utara Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan