awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lorong kecemasan, kiri Lebuhraya PLUS dari Bidor ke Tapah ditutup lima hari

Astro Awani
Astro Awani
15/01/2021
04:51 MYT
Lorong kecemasan, kiri Lebuhraya PLUS dari Bidor ke Tapah ditutup lima hari
Lorong kecemasan, kiri Lebuhraya PLUS dari Bidor ke Tapah ditutup lima hari. Foto PLUS
IPOH:Lorong kecemasan dan lorong kiri di antara Bidor dan Tapah di KM330.05 hingga KM328.95 (Arah Utara) di Lebuhraya Utara-Selatan akan ditutup selama 5 hari kepada semua kenderaan mulai 18 hingga 22 Januari 2021.
Bagaimanapun, lorong kanan di laluan terbabit masih boleh dilalui oleh semua kenderaan.
Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), penutupan sementara itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jalan dilaksanakan dengan lancar.
“PLUS mengutamakan keselamatan dan keselesaan di lebuh raya dan secara berterusan melakukan pelbagai usaha dan inisiatif untuk meningkatkan kedua-dua aspek tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru itu, PLUS menasihatkan pelanggan yang menghala ke utara supaya merancang perjalanan mereka dengan menggunakan Aplikasi PLUS untuk mendapatkan maklumat trafik terkini melalui paparan CCTV yang disediakan.
“Mereka juga dinasihatkan supaya mematuhi semua papan tanda trafik serta arahan yang dikeluarkan oleh kakitangan PLUS ketika melalui kawasan terbabit,” ujarnya.
Menurut kenyataan itu lagi, pelanggan lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan maklumat trafik atau sekiranya ingin mendapatkan bantuan apabila berlaku kecemasan.
“PLUS mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pelanggan lebuh raya sepanjang tempoh penyelenggaraan tersebut.
“Dengan semangat #KitaJagaKita, kerjasama tersebut berupaya menjadikan perjalanan yang lancar untuk semua pelanggan,” katanya.
Topic Berkaitan
#PLUS
#lorong kecemasan
#tutup
#Bidor
#Tapah
#Lebuhraya Utara-Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan