SEREMBAN: Selain destinasi pelancongan di Port Dickson, pengunjung kini boleh menikmati satu lagi tarikan terbaharu di Negeri Sembilan, iaitu Lorong Seni Seremban.
Berkonsepkan 'Returning The Street To The Public', Lorong Seni Seremban sepanjang kira-kira 250 meter bermula di Jalan Dato Sheikh Ahmad sehingga 'Benteng Walk' itu, dihiasi lebih 30 corak lukisan mural menarik dan kreatif yang pastinya mengujakan pelancong, apabila menyusuri lorong serta bangunan-bangunan lama sekitar bandar Seremban.
Bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan dan gemar berfotografi, Lorong Seni Seremban adalah tempat yang harus dikunjungi, bagi merakam gambar kenangan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS) Datuk Masri Razali berkata lukisan mural itu berkonsepkan pelbagai genre, grafiti, coret, avant-garde, poster, lukisan warisan oleh enam pelukis tempatan bagi menjayakan projek itu bermula 20 Ogos lepas, dan dijangka siap pada 26 Nov ini.
"Sepanjang tempoh itu juga itu turut melibatkan kerja-kerja mengecat mural, pendawaian lampu jalan dan lampu hiasan, menaik taraf tandas awam di bazar Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), sebagai kemudahan kepada pengunjung.
"Selain itu kita ingin menyampaikan mesej kepada pengunjung menerusi paparan mural di dinding lukisan sepanjang di lorong berkenaan, bagi menentang stigma negatif terhadap lorong belakang dan seni grafiti," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Mural di Lorong Seni di sini, hari ini.
Katanya, kerajaan Negeri Sembilan meluluskan peruntukan RM500,000 bagi projek itu dan bazar Perpatih sebagai pusat informasi pelancongan.
Beliau berkata pihak MBS juga akan membuat permohonan kepada 'Malaysia Books Of Records' untuk menyenaraikan projek itu sebagai Lorong Seni terpanjang di Malaysia.
Masri berkata dalam usaha merancakkan ekonomi di kawasan itu, pemilik perniagaan berpeluang membuka gerai di belakang premis mereka dengan menjalankan aktiviti jualan, hiburan dan riadah, terutamanya pada waktu malam kerana kawasan berkenaan akan diterangi dengan lampu hiasan.
Jelasnya, Lorong Seni itu juga menjadi satu laluan pintas yang menarik dan praktikal, bagi meningkatkan tahap aktiviti berjalan kaki dan ketercapaian serta merendahkan karbon dan suhu dalam bandar.
Beliau berkata, kerja-kerja naik taraf longkang dan jalan di Lorong Seni Seremban diluluskan oleh Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) dengan peruntukan RM500,000, selain turut melantik perunding bagi membuat kajian pejalan kaki di bandar Seremban, melibatkan enam laluan utama termasuk Jalan Dato Bandar Tunggal, Jalan Yam Tuan, dan Jalan Tuanku Munawir.
"Kajian itu bertujuan melaksanakan konsep bandar selamat selain menerapkan konsep bandar berjalan, serta memperkenalkan konsep bandar mesra pelancong yang memudahkan pelancong menerokai keunikan bandar Seremban," katanya.
Sementara itu, seorang pelancong dari Kuala Lumpur, Suriani Abdullah, 36, ketika ditemui berkata Lorong Seni itu mempunyai pemandangan cantik dan menarik, untuk merakam gambar kenangan.
"Saya ingin bercuti ke Port Dickson, tetapi singgah sebentar ke sini untuk mengambil gambar kerana latar belakang lukisan mural ini sangat menarik. Lorong Seni ini sangat cantik dan unik seperti yang ada di Melaka dan Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021
Masri (kanan) mendengar penerangan mengenai lukisan mural genre realistik daripada pelukis seni mural T K Lai ketika meninjau persekitaran Lorong Seni Seremban, hari ini. - Gambar/ Bernama
Rumah terbuka Persatuan Komuniti Bugis Sabah meriah
Keunikan pakaian suku kaum Bugis dan kepelbagaian juadah menjadi tarikan utama rumah terbuka Persatuan Kaum Bugis Sabah.
Perayaan masa terbaik pupuk persaudaraan - Hajiji
Datul Seri Hajiji Noor menyifatkan perayaan yang ada di negara ini sebagai medan terbaik memupuk tali persaudaraan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama.
Konsert jelajah terakhir Kitaro bakal tarik ramai pengunjung
Konsert jelajah Kitaro di Rainforest World Music Festival 2024 bakal jadi yang terakhir buat Kitaro yang memasuki usia 71 tahun, Februari lalu.
Abang Jo setuju cadangan syarat untuk pemohon PR di Sarawak
Dalam perkembangan lain Abang Johari bersetuju dengan cadangan untuk menetapkan syarat bagi komuniti peniaga dan pelabur yang mahu mendapatkan status Penduduk Tetap (PR) di Sarawak perlu memasukkan minimum dua juta ringgit ke dalam akaun deposit tetap negeri ataupun membeli hartanah bernilai 1.5 juta ke atas.
Kes denggi di Kedah membimbangkan, catat 1,550 kes pada ME16
Kes denggi di Kedah berada pada tahap membimbangkan apabila sejumlah 1,550 kes dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-16 tahun ini.
Kerajaan Sarawak tidak paksa penduduk pedalaman terima projek empangan Melata
Abang Johari berharap penduduk pedalaman Sarawak agar membuka minda dengan melihat kepada manfaat projek empangan melata yang penting bagi menghasilkan tenaga boleh diperbaharui di kawasan merfeka.
Sarawak akan jana tenaga hijau seratus peratus hijau
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berbincang dengan SEB bagi membolehkan dua loji tenaga arang batu miliknya ditukar kepada loji bersumberkan biomass.
RM9 bilion KPS ganti paip lama seluruh negara
Kos diperlukan bagi menggantikan paip-paip lama seluruh negara mencecah sembilan bilion ringgit.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) berkata, kebocoran paip jadi penyumbang besar kepada Air Tidak Terhasil (NRW) iaitu 40 peratus daripada penghasilan air bersih.
Kerajaan Sarawak tanggung kos pelajaran anak mendiang Joanna
Abang Johari memaklumkan nama dua anak mendiang Joanna akan didaftarkan di yayasan sarawak`bagi mendapat sokongan pendidikan.
Pelabur perlu deposit RM2 juta jika mahu berhijrah ke Sarawak - Abang Jo
Premier Sarawak bersetuju dengan cadangan bahawa pelabur yang berminat untuk berhijrah ke negeri itu perlu mendeposit sekurang-kurangnya RM2 juta.
Lorong Seni Seremban tarikan terbaharu pelancong ke Negeri Sembilan
Selain destinasi pelancongan di Port Dickson, pengunjung kini boleh menikmati satu lagi tarikan terbaharu di Negeri Sembilan, iaitu Lorong Seni Seremban.