KUALA LUMPUR: Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ (lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri), bergantung kepada keseluruhan jalan cerita.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata badan eksekutif yang menapis dan memberi klasifikasi filem itu juga tidak akan meluluskan tayangan bagi filem yang mengandungi unsur komunisme, Islamofobia, bertentangan dengan akidah Islam dan ajaran sesat.
"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini didapati terdapat peningkatan bagi filem-filem yang memasuki pasaran Malaysia yang mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan pegangan dan norma kehidupan masyarakat di negara kita seperti LGBTQ, komunisme, Islamofobia dan bertentangan dengan akidah Islam.
"Dalam konteks ini suka saya memaklumkan, kerajaan Malaysia tidak pernah meratifikasi mana-mana konvensyen antarabangsa berkaitan LGBTQ serta tidak pernah mengiktiraf sebarang gaya hidup LGBTQ," katanya ketika memberi penerangan menteri berhubung Pemerkasaan LPF selepas tamat sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata dengan kepesatan teknologi digital industri pada masa kini, LPF berdepan pelbagai cabaran dalam memenuhi jangkaan pelbagai pihak termasuk penggiat industri filem dan penyiaran serta tahap penerimaan dan kematangan khalayak penonton.
Justeru, Saifuddin Nasution memberi jaminan LPF akan bersikap terbuka dalam memberi khidmat nasihat bagi membantu semua pihak memastikan filem yang dihasilkan dapat ditayangkan kepada umum.
"Di satu sisi LPF dilihat terlalu rigid, bahkan dianggap gunting tajam yang menyekat kreativiti penggiat filem tempatan tetapi di satu sisi lain LPF kena mengimbangi dan mempertahankan nilai-nilai baik yang menjadi pegangan kepada masyarakat tempatan.
"Dalam menjalankan tugas mengimbangi ini, LPF memberi jaminan bahawa sifat fleksibiliti dan terbuka kita adalah untuk menggalakkan dan merangsang pertumbuhan filem tempatan dan pada masa yang sama tatakelola dan peraturan serta undang-undang harus dilaksanakan... kita kena juga tangani isu sosial yang semakin kompleks dan rencam yang tidak berlaku zaman dulu tetapi sekarang berleluasa," katanya.
Beliau berkata berdasarkan statistik LPF, sebanyak 11,430 permohonan filem untuk ditapis pada tahun lepas dengan kutipan caj penapisan berjumlah RM10.5 juta.
Pada sesi penerangan itu, empat Ahli Parlimen turut mengambil peluang berbahas antaranya Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang mahu kerajaan menyekat kandungan filem yang tidak bersesuaian di Netflix.
Menjawab perkara itu, Saifuddin Nasution berkata Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) tidak memberi kuasa kepada LPF untuk mengawal filem dan bahan di platform penstriman dan Over The Top (OTT), namun KDN bersedia berbincang dengan Kementerian Komunikasi yang bertanggungjawab untuk kewajaran memperluas bidang kuasa LPF.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA
WHO gesa Israel tarik balik sekatan bantuan ke Gaza
Saluran utama untuk bantuan perubatan ke enklaf dari Mesir telah terputus.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Dua tangkapan dibebas tanpa syarat
Tangkapan yang dibebaskan ialah seorang lelaki dan seorang wanita yang merupakan pelajar IPT yang ditangkap pada hari kejadian.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Presiden Rusia, Vladimir Putin memuji Presiden Iran, Ebrahim Raisi sebagai rakan strategik yang sangat dipercayai dan mengesahkan hubungan baik antara Rusia dan Iran akan berterusan.
Beberapa negara boleh main peranan dalam isu Gaza, walau sementara
Setiausaha Negara AS. Antony Blinken pada Selasa berkata beberapa negara boleh memainkan peranan penting, "sekurang-kurangnya secara sementara," jika diperlukan dalam membantu menawarkan sebarang bentuk keselamatan bagi Gaza selepas perang.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
Bercakap pada pendengaran Jawatankuasa Kecil Peruntukan Senat, Blinken membuat komen itu apabila ditanya sama ada beliau berpendapat bahawa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu mempunyai keupayaan atau kemahuan untuk mengendalikan Semenanjung Gaza.
WHO gesa Israel tarik sekatan bantuan ke Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru agar Israel menarik balik sekatan bantuan ke Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
LPF tidak akan lulus filem papar kandungan LGBTQ - Saifuddin Nasution
Lembaga Penapisan Filem (LPF) tidak akan meluluskan tayangan mana-mana filem yang memaparkan kandungan mempromosi gaya hidup LGBTQ, bergantung kepada keseluruhan jalan cerita.
LPF teliti filem 'Mentega Terbang' sebelum ambil tindakan - KDN
Lembaga Penapisan Filem (LPF) sedang meneliti semua aspek berkaitan filem 'Mentega Terbang' secara menyeluruh sebelum mengambil tindakan selanjutnya.
Finas cadang akta khusus kawal selia kandungan platform digital
Tindakan itu perlu memandangkan kandungan digital seperti Netflix tidak ditapis selain mempunyai rangkaian yang lebih meluas.
LPF sahkan 'Polis Evo 2' lulus bersih, ditayang dengan klasifikasi P13
LPF memaklumkan filem berkenaan tidak mengandungi sebarang elemen yang memburukkan agama Islam.
Salah siapa drama dan filem tempatan tak laku di pasaran antarabangsa?
Senario kebanyakan drama dan filem tempatan gagal dijual ke peringkat antarabangsa sehingga kini menjadi tanda tanya sama ada ia adalah kesilapan penggiat seni sendiri atau di pihak Perbadanan Kemajua
SKMM jangka kes jenayah buli siber meningkat tahun ini
Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Mazlan Ismail berkata dalam zaman internet ini, pelbagai jenis filem boleh ditonton dalam laman web.
Tayangan filem Lelaki Harapan Dunia berkemungkinan ditarik balik?
Filem Lelaki Harapan Dunia akan dinilai semula Lembaga Penapisan Filem (LPF) ekoran kontroversi yang tersebar.
Tidak sensitif, 'Noah' diharam tayangannya di Malaysia
Keputusan diambil sebagai langkah 'berjaga-jaga' kerana filem berkaitan nabi Nuh dianggap tidak sensitif terhadap orang Islam.
Status penayangan Viswaroopam akan diketahui minggu ini
Filem lakonan Kamal Haasan Viswaroopam telah menggamit kontroversi apabila penayangannya telah ditarikbalik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).