PAPAR: Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon di sini boleh kembali beroperasi pada kapasiti penuh malam tadi dan merawat 40 juta liter air sehari (MLD) susulan siapnya pembaikan pam utamanya yang rosak, kata Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau berkata LRA Kogopon mengalami kerosakan pam sejak sebulan lalu menyebabkan ia hanya mampu merawat 35 MLD tetapi kini kapasiti tambahan 5 MLD air terawat boleh disalurkan kepada awam.
Katanya pihaknya masih menanti agar kadar kemasinan air mentah di Kampung Limbahau turun ke paras 125 miligram/liter (mg/l) bagi membolehkan dua LRA di daerah Papar masing-masing berkapasiti 10 MLD beroperasi seperti sedia kala.
"LRA Jetama sekarang hanya merawat 5 MLD melalui bekalan air mentah di muka sauk Kampung Kabang dan LRA Skim Bekalan Air Kecemasan (EWSS) Limbahau telah lebih sebulan ditutup.
"Kita doakan hujan renyai seketika hari ini akan disusuli dengan hujan yang lebih kuat dalam masa terdekat," katanya menerusi kenyataan di laman Facebooknya di sini semalam.
Khamis lepas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata daerah Papar berdepan dengan kekurangan 15 MLD bekalan air terawat berikutan keupayaan dua LRA di daerah itu terejas.
Katanya perkara itu terjadi disebabkan tahap kemasinan air mentah amat tinggi iaitu lebih 5,000 mg/l akibat kesan kemarau dan El-Nino.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 28 2024
LRA Kogopon di Papar kembali beroperasi pada kapasiti penuh malam tadi dan merawat 40 juta MLD susulan siapnya pembaikan pam utamanya yang rosak. - Foto Jawatankuasa Pengurusan Bencana Papar
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
LRA Kogopon kembali kapasiti penuh, rawat 40 juta liter air sehari - Armizan
LRA Kogopon mengalami kerosakan pam sejak sebulan lalu menyebabkan ia hanya mampu merawat 35 MLD.
Pam LRA kerap rosak tersedut pasir, sampah punca gangguan bekalan air - Bung Moktar
Datuk Seri Bung Moktar Radin, berkata kerja baik pulih pam yang rosak mengambil masa kerana perlu menunggu pam baharu atau alat ganti dari luar negara.