awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuci, jual semula lebihan makanan: Restoran diarah tutup 14 hari - JKNNS
Kerajaan Persekutuan, Sarawak setuju nilai RM1.8 bilion ambil alih Pelabuhan Bintulu
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas

Bernama
Bernama
10/12/2023
05:58 MYT
LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas
SAINS memaklumkan pengeluaran air LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.
SEREMBAN: Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan dan ketiadaan bekalan air berikutan terdapat masalah sumber air mentah berbau di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi.
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dalam satu kenyataan memaklumkan pengeluaran air LRA itu terpaksa dihentikan untuk menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.
"Status setakat 10 pagi tadi, loji belum beroperasi kerana air mentah masih lagi berbau (2 TON). Bagi mengurangkan gangguan kepada para pengguna, SAINS telah menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki dan menempatkan tangki statik di kawasan yang terlibat," menurut kenyataan itu.
Kawasan terjejas ialah sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Port Dickson Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan pekan Port Dickson dan Lukut.
Turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A, manakala di Seremban melibatkan Rantau dan Jalan Sungai Gadut sehingga Taman Pinggiran Senawang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gangguan bekalan air
#LRA Sungai Linggi
#Port Dickson
#Seremban
#syarikat air negeri sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan