SEREMBAN: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun.
Beliau berkata pemberhentian operasi LRA selama beberapa hari itu memberi kesan gangguan bekalan air kepada seramai 37,000 pengguna yang berada di Port Dickson dan sebahagian di Seremban.
"Sepanjang permasalahan gangguan bekalan air ini, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menyediakan 12 tangki statik di beberapa lokasi utama dan menghantar bekalan air ke kawasan terjejas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Sains memaklumkan operasi di LRA itu terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah kerana terdapat bau minyak yang tinggi iaitu pada kadar 19 ton.
Terdahulu, Aminuddin berkata operasi dijalankan Jabatan Alam Sekitar N. Sembilan (JASNS) pada Sabtu lepas di sepanjang laluan Jalan Pantai mengenal pasti satu premis bengkel lori yang disyaki suspek dalam kes pelepasan cecair minyak ke Sungai Linggi dan kes sedang disiasat.
Beliau berkata kerajaan negeri amat komited dan tidak akan berkompromi ke atas mana-mana individu atau organisasi yang didapati melakukan kesalahan mencemarkan sumber air mentah di negeri ini dengan tindakan tegas akan dikenakan sama ada dalam bentuk kompaun, denda atau penjara.
Aminuddin berkata orang awam digalakkan menjadi 'mata dan telinga' pihak berkuasa bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Semalam, Sains memaklumkan operasi di LRA itu terpaksa ditutup sementara berikutan terdapat masalah kualiti air mentah kerana terdapat bau minyak yang tinggi iaitu pada kadar 19 ton. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
LRA Sungai Linggi beroperasi semula - Aminuddin Harun
Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini kembali beroperasi semula hari ini selepas sumber air mentah kembali pulih.
Pencemaran LRA Sungai Linggi: Lokasi pembuangan diesel dikesan
Satu lokasi pembuangan diesel di Kawasan Perindustrian Seremban 2 disyaki sebagai punca berlakunya pencemaran di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi di Port Dickson.
LRA Sungai Linggi berbau, bekalan air di Port Dickson dan Seremban terjejas
Beberapa kawasan di daerah Port Dickson dan Seremban mengalami masalah gangguan bekalan air berikutan sumber air mentah berbau di LRA Sungai Linggi.
Kerja tambak tebing sungai selesai, bekalan air di PD, Seremban pulih Rabu ini
Penduduk di kawasan Seremban dan Port Dickson dijangka menerima bekalan air terawat selewat-lewatnya Rabu ini secara berperingkat.