awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL

Astro Awani
Astro Awani
27/05/2021
14:28 MYT
LRT bertembung: Muhyiddin lawat mangsa nahas di HKL
Muhyiddin memandang serius insiden dua tren LRT terbabit dalam kejadian itu dan akan memastikan nahas tersebut disiasat dengan teliti bagi mencari punya kejadian itu. - Facebook Muhyiddin Yassin
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis meluangkan masa untuk melawat mangsa nahas Transit Aliran Ringan (LRT) di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut perkongsian Perdana Menteri di Facebook, ketika ini lima mangsa masih dirawat di HKL dan dilaporkan dalam keadaan stabil.
“Alhamdulillah, mereka yang tercedera sudah dirawat dan mangsa yang kritikal diletak di bawah perhatian rapi doktor.
“Seperti yang telah saya tegaskan sejurus selepas kejadian, prioriti kita adalah untuk memastikan kesihatan dan kebajikan mangsa-mangsa terjamin dan terbela, dan siasatan penuh dijalankan secepat mungkin.
“Alhamdulillah, kedua-dua perkara ini sudah dilakukan dan sedang berjalan. Kepada semua mangsa yang sedang dirawat, saya doakan mereka semua diberi kesembuhan dan dapat kembali meneruskan kehidupan seperti biasa,” katanya.
Beliau pada masa memaklumkan pihaknya memandang serius insiden dua tren LRT terbabit dalam kejadian itu dan akan memastikan nahas tersebut disiasat dengan teliti bagi mencari punya kejadian itu.
"Isu pelanggaran ini sudah pun sampai ke peringkat jawatankuasa khas yang telah dibentuk agar dapat disiasat sebab musabab bagaimana ia boleh berlaku.
"Sudah lebih 20 tahun, belum pernah ada LRT berlanggar sesama sendiri, tetapi kerana kemalangan sudah berlaku, kita rasa sedih dan kita mahu ia disiasat, dan nanti dalam tempoh tidak berapa lama kita akan dapat tahu apakah sebab musabab,” tambah Muhyiddin.
BACA: LRT bertembung: Enam masih parah, 15 separa parah, 43 tidak kritikal - Annuar Musa
BACA: 47 parah, 166 cedera ringan LRT bertembung berhampiran Stesen KLCC
Dalam kejadian pada 8.45 malam Isnin lalu, sebanyak 47 penumpang dilaporkan cedera parah manakala 166 mengalami kecederaan ringan, apabila sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji, bertembung di dalam terowong antara stesen LRT Kampung Baru dan KLCC.
PM melawat mangsa nahas LRT
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Facebook
#LRT
#Kuala Lumpur
#Perdana Menteri
#kemalangan
#LRT bertembung
#HKL
#Hospital Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan