awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerap dilanda banjir, penduduk Kampung Pasir Raja rayu pembinaan masjid baharu
[TERKINI] Panglima Tentera Darat bercuti, beri ruang siasatan SPRM - Menteri Pertahanan
7 maut, 10 cedera dalam nahas bas terbalik di wilayah pergunungan Vietnam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LRT bertembung: Polis akan ambil keterangan pemandu tren

Bernama
Bernama
25/05/2021
10:19 MYT
LRT bertembung: Polis akan ambil keterangan pemandu tren
Mohamad Zainal berkata polis juga akan membantu pasukan panel penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil keterangan pemandu tren pandu uji dalam insiden pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya berdekatan Stesen LRT KLCC di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata polis juga akan membantu pasukan panel penyiasat khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan.
"Setakat ini kami akan membantu pasukan itu untuk menjalankan siasatan selanjutnya. Kami akan melihat keperluan untuk memanggil pemandu berusia 32 tahun yang turut luka ringan dalam kemalangan itu bagi membantu siasatan," katanya kepada Bernama.
Beliau ditemui ketika melakukan pemantauan di pusat beli-belah di sekitar Kuala Lumpur selepas penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat dilaksanakan hari ini dengan tempoh masa pelanggan dalam semua premis peruncitan dihadkan kepada maksimum dua jam.
BACA: Laporan awal: Nahas 2 LRT bertembung disebabkan kecuaian manusia - MOT
BACA: Nahas LRT bertembung: Ini kronologi dan laporan awal APAD
[TERKINI] Nahas LRT | Punca disebabkan kecuaian manusia - Laporan awal
Mohamad Zainal berkata setakat ini lebih 60 mangsa masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), antaranya enam warga asing termasuk dari Filipina, Pakistan dan Bangladesh.
Semalam, seramai 47 penumpang tren dilaporkan parah manakala 166 cedera ringan dalam insiden pada 8.45 malam melibatkan sebuah tren membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.
Berikutan itu, Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan panel penyiasat khas untuk menyiasat punca insiden dan menjangkakan laporan hasil siasatan akan dikemukakan dalam tempoh dua minggu.
Terdahulu, Mohamad Zainal berkata tinjauan hari pertama penguatkuasaan PKP 3.0 yang diperketatkan di sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu negara hari ini memfokuskan pengunjung atau pelanggan yang kini dibenarkan berada di dalam premis peruncitan maksimum dua jam.
Beliau berkata rata-rata pengunjung sedar akan pelaksanaan SOP itu dan pihaknya juga mendapati semua pasar raya di sekitar ibu negara menunjukkan pengurangan kehadiran pengunjung sekitar 30 hingga 40 peratus sejak PKP 3.0 dikuatkuasakan pada 12 Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LRT bertembung
#klana jaya
#KLCC
#Kampung Baru
#kecuaian pemandu
#polis
#siasatan
#rakam keterangan pemandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan