KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sedang menyiapkan satu senarai barangan penumpang yang terbabit dalam insiden tren Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, pada Isnin.

Menerusi satu kemas kini di Twitter AskRapidKL, Prasarana meminta penumpang menghubungi pihaknya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

"Kami sedang membuat penyenaraian barang-barang yang telah ditinggalkan oleh para penumpang dalam kejadian malam semalam.

"Jika anda penumpang yang terlibat, hubungi kami melalui Talian Krisis di 014 737 1330 atau hantarkan email ke [email protected], terima kasih," katanya.


Dalam kejadian pada pukul 8.45 malam tadi, seramai 213 penumpang cedera dengan 47 daripadanya cedera parah akibat pertembungan dua tren LRT laluan Kelana Jaya.

Kejadian berlaku di dalam terowong antara Stesen LRT KLCC dan Stesen LRT Kampung Baru, melibatkan satu tren yang membawa penumpang dan sebuah tren rosak yang sedang dipandu uji.