KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa meminta agar siasatan terperinci dilakukan mengenai punca kemalangan melibatkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran stesen Kampung Baru malam ini.

Menerusi ciapan di laman Twitternya sebentar tadi, Annuar turut mengarahkan supaya meneliti jika terdapat kecuaian terutama membabitkan menara kawalan.

Public safety mesti sentiasa diutamakan. Semoga rawatan segera dan terbaik diberikan kepada yang cedera. Terima kasih pada pasukan pembantu,” katanya.


Terdahulu, sejumlah penumpang mengalami kecederaan apabila dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) terlibat dalam kemalangan berhampiran stesen Kampung Baru pada Isnin malam.

BACA: LRT laluan Kelana Jaya terlibat kemalangan berhampiran Stesen Kampung Baru

Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana, Azhar Ghazali, berkata perkhidmatan LRT melibatkan tren bernombor 40 dan 81 itu terlibat dalam satu insiden.