KUALA LUMPUR: Jalan Ampang dan Jalan P. Ramlee di ibu negara akan ditutup esok bagi memberi laluan kepada perlumbaan berbasikal edisi ke-26 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 peringkat pertama dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan ke Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.`
Menurut penganjur LTdL 2022, Human Voyage, Jalan Ampang akan ditutup dari jam 10 pagi hingga 6 petang manakala Jalan P. Ramlee dari jam 3 petang hingga 5 petang.
"Orang ramai dinasihatkan agar merancang perjalanan lebih awal esok dengan menggunakan jalan alternatif atau pengangkutan awam serta mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota polis trafik bertugas demi keselamatan dan kelancaran aliran trafik. menurut kenyataan penganjur hari ini.
LTdL 2022 sejauh 1,096.9 kilometer itu, bermula dengan Peringkat 1 dari Kuala Pilah ke Kuala Lumpur; diikuti Peringkat 2 (Kuala Klawang-Raub); Peringkat 3 (Putrajaya-Genting Highlands); Peringkat 4 (Sabak Bernam-Meru Raya); Peringkat 5 (Kuala Kangsar-Kulim); Peringkat 6 (Georgetown-Alor Setar); Peringkat 7 (Kuah-Gunung Raya) dan berakhir dengan Peringkat 8 (Loop Langkawi).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 10 2022

Menurut penganjur LTdL 2022, Human Voyage, Jalan Ampang akan ditutup dari jam 10 pagi hingga 6 petang manakala Jalan P. Ramlee dari jam 3 petang hingga 5 petang. - Gambar fail

Sindiket penyeludupan migran tumpas, 15 warga Indonesia ditahan
Lima belas warga Indonesia disyaki aktif dalam sindiket penyeludupan rakan senegara ke Malaysia, berjaya ditahan dalam Op Pintas Som di sekitar Sungai Buloh.
Kepengerusian ASEAN, peluang terbaik buat Johor dan negara
Kepengerusian Malaysia untuk ASEAN 2025 merupakan peluang terbaik untuk Johor dan negara menonjolkan keunikan kesenian, kebudayaan dan warisannya kepada dunia.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke Gaza
Kerajaan Israel memaklumkan pihaknya telah menyekat kemasukan semua bantuan kemanusiaan ke Gaza memandangkan gencatan senjata fasa pertama dengan Hamas telah berakhir.

Jenazah Pro-Canselor Unisel, Dr Anuar Masduki selamat dikebumi
Jenazah Pro-Canselor Unisel Datuk Dr Anuar Masduki yang meninggal dunia pagi tadi, selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam.

PN buat laporan polis isu beras campur
Perikatan Nasional membuat laporan polis berkait isu aktiviti mencampur beras putih import (BPI) dan beras putih tempatan (BPT) seperti dalam kajian MARDI.

Beras tempatan 10kg RM26 mula dijual di Terengganu
Bekalan beras putih tempatan (BPT) bersubsidi pada harga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) mula memasuki pasaran Terengganu.

Harimau kumbang masuk perangkap perhilitan di Kuala Pilah
Seekor harimau kumbang jantan seberat 47.5 kilogram (kg) memasuki perangkap Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Tumang, Johol.

Wanita maut, empat cedera kereta bertembung di Kluang
Seorang wanita maut manakala manakala empat lagi cedera dalam nahas melibatkan dua kenderaan di Jalan Kota Tinggi-Kluang pagi tadi.

Perdagangan sempadan, transit Thailand cecah 145 bilion baht pada Januari
Laos menyumbang nilai perdagangan tertinggi sebanyak 25.228 bilion baht, diikuti Malaysia (24.256 bilion baht).

LTdL 2022 ditangguh kerana pertindihan tarikh - Ahmad Faizal
Tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.