BUKIT MERTAJAM: Pasukan Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) kini mengalih tumpuan untuk memburu gelaran Terbaik Asia selain menaiki podium peringkat pada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023.
Ia susulan peluang untuk merebut gelaran Raja Bukit sudah tertutup selepas Muhammad Nur Aiman Mohd Zariff tidak berjaya mempertahankan gelaran berkenaan yang dirampas pelumba Tudor Pro Cycling Team Simon Pellaud yang menawan tiga zon pendakian dalam perlumbaan peringkat ketiga dari Jeli ke Baling.
Pengurus Sukan TSG Saiful Anuar Aziz berkata, pakar pecut pasukan Mohd Harrif Saleh diletakkan sebagai sandaran bagi merealisasikan misi tersebut bermula perlumbaan peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Raya, Perak hari ini.
"Kita akan cuba buat sesuatu sekurang-kurangnya satu podium untuk Harrif, kita juga cuba sasarkan Terbaik Asia (Jersi Putih)
"Boleh dikatakan peluang untuk menyambar Jersi Polka Dot Raja Bukit sudah terlepas. Semalam tawaran mata untuk empat zon pendakian memang tinggi, jadi memang terlampau jauh antara pelumba kita dengan wakil Tudor Pro Cycling Team, Simon Pellaud," katanya.
Saiful Anuar turut optimis peluang merebut Jersi Putih masih terbentang luas buat TSG, apabila perlumbaan peringkat kelima (Slim River-Genting Highlands), membabitkan tiga zon pendakian mencabar termasuk berstatus Hors esok.
Semalam, hasrat TSG mempertahankan gelaran Raja Bukit yang diraih pelumbanya, Muhammad Nur Aiman pada peringkat pertama Sabtu lepas terkubur selepas dirampas Pellaud.
Pellaud berjaya menawan tiga zon pendakian di Jeli, Puncak Titiwangsa dan Sri Banding pada peringkat ketiga Jeli-Baling, mengumpul 20 mata sekali gus mengungguli gelaran Raja Bukit, setakat ini.
Perlumbaan peringkat keempat dari Bukit Mertajam ke Meru Raya hari ini, membabitkan laluan sejauh 140.2 kilometer (km), menawarkan tiga zon pecutan di Bagan Serai, Talang serta Sungai Siput selain satu zon pendakian kategori tiga di Kuala Kangsar.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Pelumba dari Skuad Berbasikal Kebangsaan Muhammad Nur Aiman Rosli dan Nur Aiman Zariff ketika beraksi pada LTdL Malaysia 2023 peringkat ketiga dari Jeli ke Baling sejauh 183.1km, 25 Sept 2023. --fotoBERNAMA
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
LTdL: PKBM, MSN perlu duduk semeja tentukan hala tuju pelumba - Jurulatih
Semangat juang tinggi serta keupayaan pelumba kebangsaan menyaingi pasukan WorldTeam dan ProTeam pada saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 diharap mampu membuka lembaran positif buat mereka.
Perjuangan Malaysia belum berakhir!
Mohd Yusoff berkata, perjuangan anak-anak buahnya masih belum selesai selagi perlumbaan edisi ke-27 itu menutup tirai Sabtu ini.
LTdL: Harrif Salleh hilang 10 saat rantai terlucut
Harrif Salleh, pada awalnya berada di kedudukan baik menuju garisan penamat tetapi basikalnya pula mengalami masalah teknikal.
LTDL 2023: Babor menang peringkat keempat pada penampilan sulung
Pelumba Republik Czech Daniel Babor dari pasukan Caja Rural-Seguros RGA mengungguli perlumbaan peringkat keempat LTdL 2023.
LTdL 2023: Menang peringkat perlumbaan, jersi putih kini tumpuan TSG
Peluang untuk merebut gelaran Raja Bukit tertutup selepas Nur Aiman tidak berjaya mempertahankan gelaran itu yang dirampas Simon Pellaud.
Van bawa tiga pelumba LTdL 2023 terbabas
SEBUAH van dipercayai membawa tiga pelumba Giant Cycling Team terbabas ketika dalam laluan Peringkat 3 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah pagi tadi.
LTdL 2023: Syritsa tawan peringkat kedua
Pelumba Astana Qazaqstan Team Gleb Syritsa muncul juara saingan peringkat kedua Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 186.2 kilometer (km), dari Kuala Terengganu ke Aeon Mall, di sini hari ini.
LTdL 2023: Zawawi belum 'panas'
Muhammad Zawawi mengakui beliau belum bersedia sepenuhnya apabila tidak berhasil membuka tirai saingan Peringkat Pertama LTdL 2023, dengan keputusan memberangsangkan, semalam.
Cipta sejarah LTdL, Malaysia bukti mampu cabar pasukan elit
Barisan enam pelumba bimbingan Mohd Yusof itu memperlihatkan kehadiran mereka pada LTdL kali ini tidak boleh dipandang sepi.