Tiada sebarang tawaran jaminan diberikan kepada ADUN Gadek, G Saminathan, 34 tahun yang menjadi suspek menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.
Timbalan Pendakwa Raya, Aslinda Ahad menjelaskan, ia disebabkan pertuduhan berkenaan adalah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang tidak dibenarkan untuk dijamin.
Terdahulu, peguam bela Ram Karpal Singh, yang mewakili Saminathan, memohon supaya anak guamnya dibenarkan jaminan atas budi bicara mahkamah selain berhujah, pertuduhan mengikut SOSMA adalah tidak berperlembagaan.
Sementara itu, permohonan jaminan turut dikemukakan tertuduh lain melalui peguam masing-masing.
Bagaimanapun, hakim Rozina Ayob berkata, keputusan sama ada jaminan ke atas semua tertuduh dibenarkan atau tidak akan ditetapkan pada Jumaat.
Terdahulu, Saminathan, pemandu teksi, V Balamurugan, 37 tahun; penghantar surat, S Teeran, 38 tahun dan pengutip besi buruk, A Kalaimughilan, 36 tahun, hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Rozina.
Mengikut kertas pertuduhan, keempat-empat tertuduh didakwa memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan menggunakan aplikasi media sosial iaitu Facebook dan YouTube kepunyaan masing-masing.
Perbuatan kesemua tertuduh didakwa dilakukan di pejabat pegawai penyiasat Bahagian C8 (M) Kaunter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Kuala Lumpur, pada 8 dan 9 Oktober 2019.
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.
Sementara, Teeran turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu memiliki item berunsur perbuatan keganasan yang didakwa mengikut Seksyen 130J B (1)(a) Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara maksimum tujuh tahun atau denda dan hendaklah juga dilucuthakkan mana-mana item terbabit.
Kalaimughilan pula berdepan satu lagi pertuduhan memberi sokongan dalam satu majlis di Dewan Tan Sri Soma, Wisma Tun Sambanthan, No 2, Jalan Kampung Attap antara jam 8 malam hingga 11 malam, pada 17 Mac 2014 dan didakwa mengikut Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan.
Wan Syamsul Amly
Thu Oct 31 2019
Hakim Rozina Ayob berkata, keputusan sama ada jaminan ke atas semua tertuduh dibenarkan atau tidak akan ditetapkan pada Jumaat. - Foto Astro AWANI
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
LTTE: Lapan lelaki termasuk ADUN Gadek bebas
Timbalan Pendakwa Raya memaklumkan Peguam Negara telah mengeluarkan arahan untuk tidak meneruskan prosiding terhadap kesemua tertuduh mengikut Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.
Permohonan jamin dua ADUN, CEO berkaitan LTTE ditolak
Mahkamah Sesyen Ayer Keroh menolak permohonan ikat jamin terhadap tiga individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung penglibatan kumpulan pengganas LTTE.
LTTE: Tiada tawaran jaminan untuk ADUN Gadek
Tiada sebarang tawaran jaminan diberikan kepada ADUN Gadek, G Saminathan, 34 tahun yang menjadi suspek menyokong kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).
Dua ADUN, CEO, didakwa terbabit LTTE
Dua ADUN Melaka dan Negeri Sembilan dan seorang ketua pegawai eksekutif, didakwa atas pertuduhan memberi sokongan dan memiliki item berkaitan perjuangan kumpulan pengganas LTTE.