awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat, galak orang ramai sempurnakan ibadah hujung tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

LTTE: Tun Mahathir berpuas hati dengan tindakan polis

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
14/10/2019
08:17 MYT
LTTE: Tun Mahathir berpuas hati dengan tindakan polis
TUN MAHATHIR: "Saya berpuashati dengan tindakan dan sebab-sebab mereka mengambil tindakan itu." - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan beliau berpuas hati dengan tindakan diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung penahanan suspek yang dipercayai terlibat dengan perjuangan kumpulan pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) termasuk ahli politik.
Beliau juga telah mendapat penjelasan pihak polis mengenai perkara itu.
“Saya dapat briefing dari pihak polis, mereka mempunyai sebab-sebab mereka bertindak.
“Saya berpuashati dengan tindakan dan sebab-sebab mereka mengambil tindakan itu,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Antarabangsa Industri 4.0: Revolusi Global dalam perniagaan, teknologi dan produktiviti di Segi University Kota Damansara di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Keganasan (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang mengatakan akan terus menyiasat dan menahan mana-mana pemimpin atau ahli politik sekiranya terdapat bukti kukuh mengaitkan mereka terlibat dengan aktiviti kumpulan LTTE.
Dalam pada itu, mengulas mengenai Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 atau SOSMA ke atas suspek LTTE, beliau berkata ia wajar digunapakai pada ketika ini.
“SOSMA masih ada, jadi jika tidak ada undang-undang lain yang boleh digunakan, mereka menggunakan SOSMA,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#DAP
#keganasan
#keselamatan
#LTTE
#Mahathir Mohamad
#PDRM
#Perdana Menteri
#Polis Diraja Malaysia
#politik
#SOSMA
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan