awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luka meragukan di tubuh mangsa, polis klasifikasi sebagai kes bunuh

Bernama
Bernama
20/12/2021
22:30 MYT
Luka meragukan di tubuh mangsa, polis klasifikasi sebagai kes bunuh
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di tempat kejadian dan mangsa dipercayai merupakan warga asing. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis mengklasifikasikan kes satu mayat ditemukan terbaring di tepi jalan di Batang Kali-Selayang, Ulu Yam dekat sini pada Sabtu lepas sebagai kes bunuh, berikutan terdapat kecederaan meragukan ke atas tubuh mangsa.
Susulan itu Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
"Identiti mayat belum diketahui itu yang menerusi bedah siasat menemui kesan lebam di kedua-dua mata dan kesan bengkak di bahagian dahi," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Zainal Mohamed berkata keluarga atau waris yang kehilangan ahli keluarga atau orang awam mempunyai maklumat berkaitan kes, diminta tampil membantu menyalurkan maklumat kepada pegawai penyiasat ASP R. Kolanthaivelu di talian 019-2579232 bagi membantu siasatan.
Pada 18 Dis lepas, mayat wanita ditemui terbaring di tepi jalan dan ditutup dengan sehelai kain selimut warna merah jambu serta sehelai kain berwarna putih.
Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan di tempat kejadian dan mangsa dipercayai merupakan warga asing.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penemuan mayat
#batang kali
#Ulu Yam
#kes bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan