Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu beliau akan bertemu dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung cadangannya untuk membenarkan mat motor berlumba secara halal.
Enggan mengulas lanjut mengenainya, Khalid berkata cadangan itu disuarakan Tengku Adnan atas alasan-alasan tertentu.
"Yalah, mungkin beliau melihat masalah rempit ini seolah-olah tiada penghujungnya. Walaupun pelbagai tindakan dan kempen dibuat, tetapi anak muda kita ini masih lagi suka merempit.
"Jadi biarlah saya berjumpa dengan beliau terlebih dahulu, mendengar pandangannya dan berbincang mengenainya.
"Saya pasti Yang Berhormat Menteri punyai sebab-sebab tertentu dengan mengeluarkan cadangan tersebut," katanya selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada 44 orang pegawai kanan polis yang dinaikkan pangkat di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman.
Pada Isnin, Tengku Adnan mengeluarkan cadangan untuk mewujudkan satu acara seumpama 'KL Bebas Kenderaan' di mana jalan-jalan terpilih sekitar ibu kota akan ditutup untuk memberi laluan kepada mat motor berlumba di bawah kawalan pihak berkuasa.
Acara itu mungkin akan diserikan dengan pelbagai aktiviti sampingan lain seperti karnival trak makanan serta acara ubahsuai motosikal dalam usaha menyediakan platform sihat untuk golongan belia.
Kata Tengku Adnan, dengan adanya program seumpama itu, gejala lumba haram serta aktiviti tidak bermoral berkaitannya seperti perjudian, pergaulan bebas serta penyalahgunaan dadah dapat dikurangkan.
Israr Khalid
Wed Feb 24 2016

KHALID: Biarlah saya berjumpa dengan beliau terlebih dahulu, mendengar pandangannya dan berbincang mengenainya.

Penumpang buat hal, pesawat Air France mendarat cemas di Bulgaria
Penumpang itu bertengkar dengan penumpang lain, menyerang pramugari dan menendang pintu kokpit.

Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Switzerland
Pearly-Thinaah terpaksa bermandi peluh dalam 66 minit perlawanan yang menyaksikan pasangan muda negara itu tewas di set pertama.

Pakej bantuan COVID-19 lulus, Biden ucap terima kasih kepada Senat
Ini sekali gus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Imran Khan selamat undi tidak percaya
Dalam undian di Parlimen pada Sabtu, beliau memperoleh sokongan 178 daripada 340 Ahli Parlimen.

Beberapa kawasan di Melaka dilanda banjir kilat
Beberapa jalan mengalami kesesakan seperti di Taman Melaka Baru dan Cheng susulan banjir kilat.

Senat AS lulus pakej bantuan COVID-19 berjumlah AS$1.9 trilion
Penggubalan rang undang-undang pakej rangsangan kedua terbesar dalam sejarah AS ini memberikan kemenangan pertama kepada Presiden Joe Biden.

COVID-19: Kes positif lebih 116 juta, kematian hampir 2.6 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116.3 juta.

Kelantan mohon KBS segera salurkan peruntukan naik taraf stadium
Kerajaan Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Mohammad IV dapat segera disalurkan.

Lipat gandakan usaha, sedia hadapi PRU15 - Anwar Ibrahim
Hal itu disuarakan Anwar dalam pertemuan dengan anggota Keadilan Negeri Sembilan, malam tadi.

Petani India marah, undang-undang baharu agrikultur jejas pendapatan
Walaupun disifatkan sebagai reformasi oleh Perdana Menteri Narendra Modi, namun ia sebenarnya menyusahkan petani jana pendapatan.

Lumba 'halal': Biarlah saya berjumpa dengan Tengku Adnan - Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar akan berjumpa dan berbincang dengan Tengku Adnan mengenai cadangan yang telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat.