awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lumba haram: Pemilik kereta mewah ahli peniagaan kosmetik?

Vivi Sumanti
Vivi Sumanti
20/01/2020
13:30 MYT
Lumba haram: Pemilik kereta mewah ahli peniagaan kosmetik?
Perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi, Jumaat lalu. - Gambar ihsan pembaca/PDRM
Pihak polis akan mengesan dan menyiasat dua pemandu kereta mewah jenis Mercedes Benz berwarna kuning yang didakwa terbabit dalam perlumbaan haram di Jalan Kubang Kerian ke Pasir Hor, dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi, Jumaat lalu.
Terdahulu tular di media sosial, video berdurasi 2.28 saat itu memaparkan gelagat sekumpulan individu yang terbabit dalam perlumbaan haram yang menyekat lalu lintas sebelum dua pemandu kereta jenis Mercedes Benz memulakan perlumbaan.
Difahamkan salah seorang daripada pemilik kereta mewah yang menyertai perlumbaan itu dikaitkan dengan ahli perniagaan kosmetik di Kelantan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
“Kita akan siasat terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada.
"Mengadakan perlumbaan haram di jalan raya adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara maksimum lima tahun dan didenda minumum RM5,000 hingga RM15,000 jika sabit kesalahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, pada Isnin.
Topic Berkaitan
#ahli perniagaan kosmetik
#Jalan Kubang Kerian
#Kelantan
#luma kereta
#lumba haram
#mercedes kuning
#Pasir Hor
#PDRM
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan