awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Luruan monsun: Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis

Bernama
Bernama
06/01/2025
11:53 MYT
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan di timur, selatan Semenanjung mulai Khamis
Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan berterusan yang dijangka melanda bahagian timur dan selatan Semenanjung bermula Khamis ini (9 Januari) sehingga 13 Januari depan.
Ketua Pengarah MetMalaysia Dr. Mohd Hisham Mohd Anip, dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada analisis model ramalan cuaca terkini, yang menunjukkan luruan monsun kuat dijangka memasuki kawasan negara dalam tempoh tersebut.
"Kawasan barat Semenanjung juga berisiko mengalami hujan berterusan sepanjang tempoh tersebut. Berikutan daripada luruan monsun kuat ini juga, perairan Laut China Selatan dijangka mengalami angin kencang dan laut bergelora.
"Keadaan ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan laut. Kenaikan paras air laut turut dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan serta berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai," katanya.
Beliau berkata MetMalaysia sentiasa memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa dan akan mengeluarkan amaran hujan berterusan sebaik sahaja output model-model ramalan cuaca mencapai tahap keyakinan yang tinggi.
"Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui medium sebaran rasmi iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi MetMalaysia.
"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi talian hotline 1-300-22-1638," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#luruan monsun
#MetMalaysia
#hujan lebat
#timur semenanjung
#selatan semenanjung
#laut bergelora
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan