awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
UMNO cadang pembentukan gabungan besar parti Melayu Islam - Ahmad Zahid
MyDigital ID sasar 15 juta pendaftaran baharu tahun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lynas: Penduduk buat laporan terhadap Wong Tack, Pengerusi SMSL

Bernama
Bernama
09/08/2019
13:25 MYT
Lynas: Penduduk buat laporan terhadap Wong Tack, Pengerusi SMSL
Wong Tack (kiri) dan Bun Teet dikatakan tidak pernah dilantik sebagai wakil atau jurucakap bagi pihak penduduk untuk menentang operasi Lynas.
Penduduk kampung di Balok di sini hari ini, membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Bentong Wong Tack dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) Tan Bun Teet berhubung isu kilang memproses nadir bumi Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas).
Ketua Kampung Balok, Mansor Mokhtar yang mewakili penduduk kampung berkata, tindakan itu diambil kerana Wong Tack dan Tan didakwa telah mengeluarkan kenyataan yang menggambarkan mereka mewakili penduduk menentang operasi Lynas di Gebang di sini, yang terletak berhampiran kampung itu.
"Kami tidak pernah melantik mereka sebagai wakil atau jurucakap kami selain mereka juga mendakwa telah mendapat sokongan penduduk di sini bersama-sama sokongan 80 ke 90 badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantah operasi Lynas.
"Sebagai penduduk di sini, kami terkilan kerana tidak pasti dengan kesahihan NGO yang didakwa memandangkan berdasarkan senarai, ada yang terletak di Miri, Sarawak," katanya selepas membuat laporan itu di Balai Polis Beserah di sini, pada Jumaat.
Sehubungan itu, Mansor memohon polis untuk menyiasat perkara itu yang disifatkan beliau sebagai mencurigakan dan mahu penduduk kampung tidak dijadikan alat untuk pihak berkenaan memperdayakan orang awam.
Pada laporannya, Mansor mendakwa Wong Tack telah mengeluarkan kenyataan pada 31 Mei lepas bahawa penduduk Kuantan tidak mahu Lynas beroperasi di Pahang tanpa berjumpa atau meminta pandangan penduduk kampung.
Manakala Tan pula didakwa telah membuat laporan polis pada 19 Jun berhubung pencemaran air yang dikatakan berpunca daripada operasi Lynas dengan mengaitkan penduduk dalam laporan itu tanpa meminta persetujuan mereka.
Sedangkan menurut Mansor, mereka mempercayai keterangan pakar yang mengatakan operasi Lynas selamat selain Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dan Kementerian Air, Tanah dan Alam Sekitar telah mengeluarkan kenyataan tiada pencemaran air akibat kilang itu.
"Kami juga menyokong penuh keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membenarkan Lynas terus beroperasi yang pada pandangan kami dibuat berdasarkan fakta saintifik dan mahu dua individu yang disebut tidak lagi mempolitikkan isu Lynas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Bentong
#gebang
#jurucakap
#kilang proses nadir bumi
#Lynas
#NGO
#penduduk tempatan
#Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas
#SMSL
#Tan Bun Teet
#Wong Tack
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan