SHAH ALAM: Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.
Beliau berkata zakat perniagaan mempunyai peranan yang besar dalam sumbangannya kepada kutipan zakat di Selangor, dan ia dapat dilihat menerusi jumlah keseluruhan zakat yang dikutip sepanjang tahun lepas, yang menyaksikan zakat perniagaan menyumbang RM166 juta, iaitu kedua tertinggi selepas zakat pendapatan.
"Selangor mempunyai ribuan entiti perniagaan, sama ada bersifat perniagaan persendirian, syarikat perkongsian, koperasi dan sebagainya, dan LZS sentiasa menyasarkan peningkatan dalam kutipan zakat perniagaan saban tahun.
"Mengikut data yang kami terima, terdapat kira-kira 40 peratus lagi syarikat yang berpotensi di Selangor untuk menunaikan zakat perniagaan mereka," katanya semasa berucap di program CEO RUN LZS di Dataran Shah Alam, pada Ahad.
Dalam program pada Ahad juga Mohd Sabirin berkata LZS telah menerima zakat perniagaan dari tiga syarikat yang keseluruhannya berjumlah RM2,899,939.
"Kumpulan Mohamed Nazir bin Meraslam menyerahkan zakatnya berjumlah RM2,198,000, diikuti MIDF Amanah Investment Bank Berhad sebanyak RM450,000 dan Kumpulan Felda Global Ventures (FGV) yang menyerahkan zakat perniagaan RM251,939," katanya.
Sementara itu Sabirin berkata dua individu menerima agihan zakat berjumlah RM191,000 yang membabitkan bantuan bagi pembinaan rumah baharu buat Adnan Suamin, dan bantuan sewa rumah serta sumbangan kewangan bulanan kepada Muhamad Zamri Maimun.
"Selain itu, LZS menyalurkan bantuan baik pulih sekolah sebanyak RM50,000 kepada Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Integrasi At-Taufiqiah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023
Mohd Sabirin berkata zakat perniagaan mempunyai peranan yang besar dalam sumbangannya kepada kutipan zakat di Selangor. - Gambar fail/zakatselangor.com.my
Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow kandas di pusingan ketiga
Harapan Malaysia dalam Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy Profesional (PSA) 2023-2024 berakhir apabila kedua-dua S. Sivasangari dan Ng Eain Yow gagal melangkah ke suku akhir.
Enam cedera, tiga parah nahas empat kenderaan
Kesemua yang cedera di bawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
Keluarga Faisal Halim kuat semangat - Adam Adli
Timbalan Menteri KBS, Adam Adli berkata, keluarga Faisal Halim berada dalam keadaan baik selain beliau turut dimaklumkan Faisal menunjukkan semangat yang tinggi untuk pulih.
Belia perlu ada integriti, harga diri dan maruah yang kuat - Adam Adli
Golongan belia perlu memiliki integriti, harga diri dan maruah yang kuat untuk muncul sebagai sebuah bangsa tidak kalah, tahan cabaran dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.
Pemandu lori ditahan seleweng 1,800 liter diesel
Pemandu lori kanvas yang membawa muatan minyak diesel disyaki tidak memiliki dokumen atau permit kebenaran daripada KPDN.
Sediakan portal data untuk orang awam pantau keadaan pokok
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr. Nor Atiah Ismail,pihak berkuasa tempatan (PBT) harus ambil cakna untuk adakah sebuah portal data bagi pokok-pokok yang berada di Kuala Lumpur.
Pokok buluh boleh dijadikan sebagai penghalang kepada angin yang kuat
Menurut Presiden Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM), Profesor Madya LAr Dr Nor Atiah Ismail, dengan adanya penghalang ini, ia daoat mengelakkan lebih kerap isu pokok tumbang daripada terjadi.
Lebih 8,000 permasalah ibadah dikemukakan sejak e-Taib diperkenal
Perkhidmatan menerusi aplikasi THhujjaj itu mendapat sambutan menggalakkan daripada jemaah di Tanah Suci dan juga mereka yang di tanah air.
Industri Padi: Strategi pengurusan perakaunan dalam kalangan pesawah
Bagaimana setiap pesawah padi boleh mengurus kewangan mereka dengan strategik di sebalik pelbagai cabaran? Kupasan bersama Koordinator (YSBC - Yunus Social Business Centre) UPM, Profesor Madya Dr Hasri Mustafa.
Hari Belia: Ramai dapat kerja tapi berkemahiran rendah?
Kadar pengangguran Malaysia menurun kepada 3.3 peratus namun masih ramai pekerja yang meraih pekerjaan berkemahiran rendah. Justeru dalam reformasi ekonomi yang diperlukan, apakah langkah sesuai untuk meningkatkan ruang kerja lebih mahir untuk rakyat Malaysia?
LZS sasar kutipan zakat perniagaan RM191 juta tahun ini
Sasaran itu boleh dicapai, mengambil kira ribuan entiti perniagaan yang mempunyai potensi besar untuk diteroka LZS di Selangor.
Sultan Selangor perkenan terima zakat perniagaan RM10.8 juta
Pada majlis sama, Sultan Sharafuddin juga berkenan menandatangani plak Jubli Mutiara sempena sambutan ulang tahun ke-30 penubuhan Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Kadar zakat fitrah di Selangor RM7, RM14, RM21
Kadar zakat fitrah di Selangor bagi Ramadan tahun ini ditetapkan pada RM7, RM14 dan RM21 seorang mengikut jenis beras yang di makan.
Selebriti, pempengaruh mampu tarik pengikut keluarkan zakat - LZS
Peranan yang dimainkan selebriti dan pempengaruh media sosial dilihat mampu menjadi kelebihan untuk LZS meningkatkan kadar kutipan.
Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
LZS catat kutipan, agihan zakat tertinggi, lebih RM1 bilion
Lembaga Zakat Selangor (LZS) mencatat pencapaian bersejarah dengan prestasi agihan dan kutipan zakat tertinggi sejak penubuhannya selama lebih 25 tahun, iaitu melepasi RM1 bilion.
LZS terima zakat perniagaan RM3.27 juta
Lembaga Zakat Selangor (LZS) hari ini menerima zakat perniagaan daripada 47 syarikat termasuk pengeluar zakat individu berjumlah RM3,272,731.
Lembaga Zakat Selangor kesal asnaf tinggalkan rumah sewa kotor, tidak terurus
Lembaga Zakat Selangor (LZS) kesal dengan tindakan seorang asnaf meninggalkan rumah sewa di sebuah kawasan di sini dalam keadaan kotor dan rosak.
LZS peruntuk RM77.7 juta santuni asnaf, golongan terkesan
Inisiatif ZSP tersebut dilaksanakan secara berperingkat bermula dari Oktober hingga Disember ini.