PORT DICKSON: Perbincangan berkaitan penurunan kuasa dalam bidang pendidikan di Sabah dan Sarawak dijangka mengambil sedikit masa untuk dimuktamad.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata perkara dibincangkan dalam Jawatankuasa Teknikal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang membabitkan kepentingan pihak Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, berjalan dengan baik.
"Saya ingin maklumkan jawatankuasa ini sangat progresif, perbincangan berlaku dalam keadaan sangat harmoni dan banyak isu sedang diteliti serta perhalusi secara bersama," katanya selepas merasmikan Majlis Gotong-Royong MADANI Peringkat Negeri Sembilan dan Sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Briged Pertama Infantri Malaysia di Sekolah Kebangsaaan Si Rusa di sini semalam.
Media sebelum ini melaporkan Sabah berharap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memuktamadkan penurunan kuasa bidang pendidikan dan kesihatan dalam masa terdekat seperti dibincangkan menerusi Jawatankuasa Teknikal MA63.
Mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik yang semakin merudum, Fadhlina berkata ia satu cabaran yang perlu diatasi oleh Kementerian Pendidikan.
Beliau berkata hala tuju Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) akan diperkukuh selain pelbagai intervensi serta inisiatif diambil dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi menangani perkara itu.
"Kita juga perlukan lebih banyak penglibatan komuniti, input dan komitmen ibu bapa khususnya dalam mendorong anak-anak meminati STEM," katanya.
Sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Briged Pertama Infantri Malaysia menyaksikan penyertaan 200 anggota tentera dalam aktiviti gotong-royong, mengecat, memotong rumput di sekolah terbabit.
Panglima Markas Briged Pertama Infantri Brigadier Jeneral Mohamad Noorlizam Shamsuddin berkata program itu turut menyediakan pameran ketenteraan bagi menggalakkan penyertaan guru sebagai askar wataniah.
"Program seumpama ini dapat mendidik dan menggalakkan rakyat kita khasnya guru ataupun murid berbangsa India atau Cina sertai askar wataniah," katanya kepada pemberita sambil menambah ia akan diperluas ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Fadhlina menanam pokok sebagai gimik program pelancaran Gotong-royong Madani peringkat negeri dan sambutan Jubli Intan Hari Ulang Tahun Briged Pertama Infantri Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sri Rusa, Port Dickson, semalam. --fotoBERNAMA
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pascabanjir: Keadaan sekolah perlu selamat, kondusif - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata aspek keselamatan sangat diutamakan bagi memastikan sesi pembelajaran dapat berlangsung dengan baik.
KPM dalam proses nilai kerosakan sekolah terlibat banjir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengenal pasti sekolah yang terlibat dengan gelombang pertama banjir di sembilan negeri baru-baru ini, kata Menterinya Fadhlina Sidek.
KPM ambil maklum cadangan kembalikan nama asal SJKC Tun Omar Ong Yoke Lin
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM mendengar semua cadangan yang diterima, namun cadangan tersebut perlu melalui proses tertentu.
Yayasan Didik Negara bantu pelajar terjejas banjir - Fadhlina
Yayasan Didik Negara di bawah seliaan Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil tanggungjawab membantu pelajar yang terkesan akibat banjir.
Banjir: 470 institusi pendidikan dioperasi sebagai PPS - Fadhlina
Sebanyak 470 institusi pendidikan telah dioperasikan sebagai pusat penempatan sementara (PPS) mangsa banjir.
KPM sedia pertimbang permohonan kurangkan tempoh pertukaran guru - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata isu kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian dan keutamaan KPM.
YB Putrajaya yang mansuh UPSR dan PT3, bukan saya - Fadhlina
Pihak yang mempertikai pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) perlu merujuk kepada bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
122,062 murid Tahun 1 belum kuasai kemahiran 3M pada 3 bulan pertama persekolahan - Fadhlina
Seramai 122,062 murid Tahun Satu iaitu 27.24 peratus, dikenal pasti belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) selepas tiga bulan memasuki sesi akademik 2024/2025.