awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAA sokong penuh keputusan kerajaan tidak laksana PKP penuh

Bernama
Bernama
26/05/2021
14:46 MYT
MAA sokong penuh keputusan kerajaan tidak laksana PKP penuh
SOP termasuk mengehadkan kapasiti kehadiran pekerja kepada hanya 60 peratus pada bila-bila masa, melarang aktiviti tidak penting tertentu dan menyekat pergerakan orang dalam tempoh penguatkuasaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyambut baik keputusan kerajaan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berskala penuh di seluruh negara sebaliknya mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang jauh lebih ketat untuk melindungi nyawa dan pendapatan rakyat.
SOP termasuk mengehadkan kapasiti kehadiran pekerja kepada hanya 60 peratus pada bila-bila masa, melarang aktiviti tidak penting tertentu dan menyekat pergerakan orang dalam tempoh penguatkuasaan.
Dalam kenyataan pada Rabu, persatuan itu menjelaskan ia menyedari bahawa dinamisme pandemik COVID-19 boleh menyebabkan kerajaan membuat perubahan berterusan ke atas SOP dari semasa ke semasa.
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata pihaknya telah menggesa semua ahli untuk memberi sokongan dan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa selain perlu mengambil perhatian serius mengenai jangkitan COVID-19.
"Virus ini amat berbahaya dan menyebabkan kemudaratan kepada orang yang dijangkiti malah lebih buruk ia mengakibatkan kematian," katanya.
MAA juga memuji kerajaan kerana mendengar pandangan mengenai industri yang berperanan penting dalam ekonomi negara dan perlu memenuhi rantaian bekalan keseluruhan bagi semua perniagaan dan industri.
Beliau turut menekankan jumlah industri keseluruhan (TIV) pada April 2020 merosot ke paras terendah sepanjang masa iaitu hanya 152 unit, TIV bulanan terendah yang pernah dicatatkan oleh industri sejak 50 tahun.
"Ini berlaku apabila semua operasi perniagaan automotif dihentikan berikutan pelaksanaan PKP 1.0 di seluruh negara dari 18 Mac, 2020 hingga 3 Mei, 2020," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAA
#Persatuan Automotif Malaysia
#PKP
#skala penuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan