awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid

Bernama
Bernama
30/01/2025
09:28 MYT
Maahad tahfiz dinasihatkan daftar, elak keciciran agihan bantuan - TPM Zahid
Ahmad Zahid meninjau proses pembinaan bangunan selepas mendengar taklimat projek pembinaan bangunan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Himidi di Kampung Sungai Balai Darat hari ini. - Bernama
BAGAN DATUK: Maahad tahfiz dinasihatkan berdaftar dengan kerajaan negeri supaya tidak tercicir dari segi bantuan termasuk naik taraf kemudahan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara, sekolah aliran itu tidak akan terkecuali daripada diberi perhatian oleh kerajaan.
"... ada kira-kira 2,500 yang tak berdaftar di bawah kerajaan negeri.
"Mungkin mereka takut nak daftar sebab tak patuh piawaian bomba dan sebagainya, mungkin asrama tak lengkap, sebaiknya daftar, jangan harap pada sumbangan dan yuran daripada ibu bapa semata-mata, insya-Allah saya bantu, tetapi syarat perlu daftar, " katanya ketika berucap sempena lawatan ke tapak projek pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi di sini hari ini.
Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata Kerajaan Perpaduan akan memastikan sekolah yang berdaftar mendapat bantuan sewajarnya bagi mewujudkan persekitaran kondusif untuk pelajar.
Beliau berkata pihaknya juga akan memastikan lulusan sekolah aliran agama diberikan peluang sama dengan lulusan aliran profesional yang lain.
"Bila saya diamanahkan sebagai Pengerusi TVET, saya tak lupakan sekolah maahad, saya 'TVET' kan sekolah maahad tahfiz supaya mereka juga belajar subjek teknikal dan vokasional, kita sedang tukar ekosistem pendidikan agar lebih insklusif," katanya.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab pertama yang siap dibina di Melaka kini mempunyai 80 orang pelajar.
Bagi pembinaan Sekolah Menengah Imtiaz Tuminah Hamidi pula strukturnya dijangka siap hujung tahun ini, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Maahad Tahfiz
#daftar
#kerajaan negeri
#agihan bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan