KUCHING: Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Abang Johari berkata hal ini terbukti apabila negara luar sering mengundang beliau untuk berkongsi kaedah menguruskan alam sekitar yang menyumbang kepada kebaikan manusia dan sejagat.
"Kita berhijrah ke cara baharu, kita dapat mengatasi masalah dunia pada hari ini (perubahan iklim dan keselamatan makanan), saya insya-Allah bulan depan dijemput ke Sydney, Australia untuk memberikan ceramah mengenai cara Sarawak dalam menguruskan alam sekitar.
"Kalau bulan lepas di Poland, Eropah selepas itu Bangkok di Thailand, insya-Allah selepas Sydney akan ke Hong Kong. Bukan sahaja orang Islam berhijrah ke arah kebaikan, orang bukan Islam juga berhijrah bersama," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1446 di sini hari ini.
Hadir sama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi.
Abang Johari berkata Piagam Madinah perlu dijadikan sebagai rujukan dan panduan dalam mengatur serta mengelola pentadbiran untuk menaik taraf kehidupan rakyat.
"Melalui pendidikan dan pegangan yang kuat dan usaha, kita di Sarawak akan terus berhijrah ke arah kebaikan dan Sarawak akan menjadi negeri yang makmur dan maju," katanya.
Pada majlis itu, Tun Wan Junaidi serta isteri turut menyampaikan Anugerah Maal Hijrah 1446 kepada 14 penerima anugerah berdasarkan kategori.
Antaranya kategori Anugerah Pencapaian Penyelidikan dan Pembangunan; Anugerah Penjawat Awam Islam; Anugerah Penjawat Awam Bukan Islam; Anugerah Saudara Kita (Lelaki dan Perempuan) dan Anugerah Sukarelawan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 07 2024
Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar (kanan) menyampaikan Anugerah Pelajar SPM Cemerlang kepada Awang Muhammad Hazim Syazwan Awang Nazri pada Majlis Anugerah Maal Hijrah, hari ini. - Foto Bernama
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Jaga keharmonian, berikan sumbangan kepada agama dan negara - Pemangku Raja Perlis
Baginda menekankan supaya setiap rakyat Perlis hendaklah berusaha mencapai keharmonian walaupun wujud kepelbagaian latar belakang.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Maal Hijrah: Fahmi ajak semua rakyat junjung titah Agong
Antara titah Seri Paduka Baginda ialah mengingatkan semua rakyat agar tidak menjadikan media sosial tempat berbalah atau bertengkar.
Maal Hijrah: Penghijrahan Sarawak dapat perhatian dunia - Abang Johari
Penghijrahan Sarawak mendapat perhatian dan pengiktirafan dunia terutama dari segi tadbir urus yang menekankan isu alam sekitar dan kelestarian.
Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.
Maal Hijrah: Umat Islam perlu tekad bersama-sama bangunkan negara bertunjang semangat Al-Falah
Umat Islam perlu bertekad bersama-sama membangunkan negara berasaskan nilai Islam dengan bertunjangkan semangat Al-Falah (kejayaan).
Maal Hijrah: Ambil iktibar sifat sabar, gigih Rasulullah - Sultan Nazrin
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, perkara baharu perlu disampaikan melalui daya komunikasi dan penyampaian yang berkesan.
Program 'Melaka Bila Larut Malam' ditangguh, beri laluan sambutan Maal Hijrah 1446H
Penganjuran program Melaka Bila Larut Malam atau Melaka Nightlife yang dijadualkan berlangsung minggu ini, ditangguhkan ke 13 Julai.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 19 Julai 2023.
Maal Hijrah: PM Anwar harap semua pihak perbaharui azam, tekad kukuh solidariti umat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap rakyat Malaysia dapat memperbaharui azam untuk mengukuhkan lagi perpaduan sempena kedatangan tahun baharu hijrah.