INI sudah beberapa kali Astro AWANI menyiarkan kisah mereka, tetapi sedihnya, mereka masih tinggal dalam kontena.
Kontena ini sudah usang dan usianya lebih empat tahun. Kerajaan pun sudah silih berganti, tetapi nasib mereka tidak berubah.
Untuk ke sekian kali, mereka bertanya... sampai bila perlu tinggal dalam kontena?
Wartawan Hasimi Muhamad dan jurukamera, AB Uzza Abdul Latif mendengar rayuan mangsa kebakaran Kampung Gas, Batu Sapi.
Kami imbas semula cerita, jika ada yang terlupa. Pada Jun 2018, 100 keluarga di Kampung Gas hilang tempat tinggal akibat dijilat api. Sejak dari itu, mereka ditempatkan dalam 'kediaman' dari struktur kontena.
Mangsa kebakaran mendakwa mereka dijanjikan rumah tetapi sehingga kini... janji tinggal janji.
Sekali lagi kru Astro AWANI ke lokasi penempatan mangsa kebakaran.
Keadaan di kawasan tersebut begitu daif. Bukan sahaja kotor tetapi banyak sudah kontena yang rosak dan tidak boleh didiami.
Hidup macam dalam ‘oven’
Salah seorang mangsa, Albarih Nasrah, 67, mengakui marah dengan sikap pihak berkaitan yang didakwa tidak memandang serius keadaan mereka.
“Tunggulah siapa yang menang nanti sebab 19 November kami akan buang undi.
“Bila kami membuang undi, itulah kuasa kami satu hari,” luahnya kepada Astro AWANI.
Selain keadaan bumbung yang telah bocor, menetap dalam kontena juga seolah-olah berada dalam 'oven', ujar bapa kepada 11 cahaya mata itu lagi.
“Kami di sini, kalau sudah hujan makan menitik ke piring, kalau tidur menitik di mata. Tolonglah, saya berharap kepada AWANI, maklum kepada pemimpin-pemimpin.
“Tak selesa (tinggal dalan kontena). Ini mendung sikit, kalau panas macam kau sedang buat kuih dalam oven (ketuhar),” cerita Albarih.
Kotor, ada ular
Bukan tidak bersyukur, tetapi ini realitinya. Di situ lah mereka tidur, di situ juga tempat mereka makan.
Paling membimbangkan, penduduk turut berdepan ancaman haiwan berbisa.
“Ada ular, ada biawak dan pernah masuk rumah. Kami duduk di sini tengok kawasan kotor, malam pula banyak nyamuk,” kata seorang lagi penduduk, Sarimah Jikrun, 56.
Daripada 100 keluarga, difahamkan hanya tinggal 27 keluarga berada di kontena ketika ini.
Selebihnya telah menyewa di tempat lain atau tinggal bersama saudara-mara.
Mereka yang masih di kontena tiada pilihan kerana kekangan pendapatan untuk mencari rumah sewa.
“Kami mahu lari (pindah) macam mana tidak ada pencarian, sewa bukan RM200, paling kurang pun RM400 atau RM500… Kami tiada duit macam mana nak bayar?” tambah Sarimah.
Bagi suri rumah, Hayati Titing pula, dia tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan pengalaman tinggal di kontena, mungkin kerana sekian lama dia memendam rasa ‘sakit’ dan kecewa.
“Kalau orang mahu tahu sekarang apa perasaan kami di sini, memang susah betul!
“Sudah lima tahun kami tinggal di sini tapi belum juga dapat rumah. Tak tahu berapa kali sudah memerintah (pemimpin bertukar ganti), janji, janji, dan janji saja,” luah ibu kepada empat cahaya mata itu.
Reaksi calon Parlimen Batu Sapi
Astro AWANI mendapatkan penjelasan daripada beberapa calon kerusi Parlimen Batu Sapi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Menurut calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Khairul Firdaus Akbar Khan, peruntukan untuk membina sebanyak 110 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) telah disalurkan.
Ujarnya, ketika ini sedang menunggu beberapa prosedur termasuk kelulusan pelantikan kontraktor.
"Apa yang kerajaan GRS buat kalau dibandingkan dengan kejadian Kampung Gas, kebakaran di Kampung Sundang berlaku sebelum itu tetapi semua manga kebakaran telah disediakan rumah.
"Itu sebab saya katakan, kerajaan GRS bertindak dengan begitu pantas," katanya.
Khairul Firdaus mendakwa, masalah melibatkan penempatan kontena berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri sebelum ini.
"Sekarang kita akan selesaikan, jambatan (ke kawasan kampung) pun sudah selesa dan saya percaya hanya menunggu untuk membina rumah PPR," ujarnya lagi.
Sementara itu, calon Pakatan Harapan (PH), Liau Fui Fui mengesahkan telah membuat lawatan ke kawasan berkenaan.
"Separuh daripada penduduk di situ memang telah berpindah keluar sebab tidak tahan dengan suasana dan keadaan di situ, separuh yang tidak ada dapat sebab tiada ruang yang boleh mereka pindah.
"Apa yang kita boleh buat adalah mencari satu tempat yang sesuai untuk menmpatkan mereka, tapi ini perlu dijalankan apabila mandat diberikan dan juga perlu diteliti bagaimana untuk kita boleh laksanakan rancangan yang lebih baik untuk mereka," jelas Fui Fui.
Selain Khairul Firdaus dan Fui Fui, turut bersaing merebut kerusi Parlimen Batu Sapi ialah calon daripada Parti Warisan (Warisan), Alias Sani; Boni Yusuf Juanico Abdullah (Parti Pejuang Tanah Air); serta calon Bebas, Othman Ahmad.
Hasimi Muhamad
Sat Nov 12 2022
Keadaan kawasan kontena yang didiami mangsa-mangsa kebakaran Kampung Gas, Batu Sapi Sandakan - Astro AWANI
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
PM sampai sumbangan kepada mangsa kebakaran di Tambun
Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.
RM200,000 bina semula tiga jambatan di Tawau yang terbakar
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kalabakan mengeluarkan peruntukan RM200,000 bagi membina semula tiga jambatan kayu yang musnah dalam kebakaran, Rabu lepas.
Jiran nampak percikan api pada kotak fius di rumah saya - Mangsa
Law yang tinggal di flat tersebut bersama ibunya berkata dia terkejut dengan kejadian itu setelah menghuni di rumah berkenaan sejak lahir.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Januari 2024.
Lelaki selamatkan jiran dalam kebakaran meninggal dunia
Lelaki yang sanggup bergadai nyawa meredah api menyelamatkan keluarga jirannya dalam kebakaran rumah di Taman Merinding, di sini pada Khamis, disahkan meninggal dunia.
Wira APM melecur lalui pemulihan memeritkan
Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah kini terlantar kesakitan dan melalui fasa pemulihan yang memeritkan.
Rumah terbakar, suami isteri batal tempahan pelanggan
Mangsa kebakaran, Raja Norhanani Norabidin Shah berkata, akibat kejadian itu, mereka terpaksa membatalkan menu yang ditempah pelanggan untuk jamuan rumah terbuka.
PM, Menteri Pertahanan salur bantuan kepada keluarga mangsa kebakaran di Rembau
Sebuah keluarga di Kampung Tanjung, Gadong menerima bantuan kewangan daripada Anwar dan Mohamad Hasan susulan kejadian kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 80 tahun malam tadi.
Enam keluarga mangsa kebakaran dapat rumah PPRT bernilai RM66,000
Ahmad Zahid berharap semoga bantuan yang diberikan dapat segera membantu keluarga yang terkesan.
Jeritan jiran selamatkan nyawa 17 penghuni
Jeritan seorang jiran berjaya menyelamatkan nyawa 17 penduduk dalam kebakaran di sebuah bangunan di Kampung Pemuda Jaya, Jalan Seelong-Senai di sini terbakar pada Isnin.