awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10 lelaki ditahan bantu siasatan kes merusuh di Taman Beringin
PRU Thailand: Keputusan tidak rasmi dijangka diketahui lewat Ahad
Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2022
10:36 MYT
MAF komited tangani peningkatan kes HIV, AIDS - Dr Adeeba
Yayasan AIDS Malaysia komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik, kata Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman. - Gambar fail
HULU TERENGGANU: Yayasan AIDS Malaysia (MAF) komited dalam usaha menangani peningkatan kes penyakit HIV dan AIDS selepas negara beralih ke fasa endemik.
Pengerusinya, Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman berkata, sebelum ini pihaknya mengalami kekangan untuk melaksanakan program berkaitan berikutan memberi laluan kepada mereka yang terlibat untuk membantu memerangi pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, menurut Dr Adeeba, pelbagai inisiatif dilakukan bagi memastikan golongan yang dijangkiti dan mereka yang berisiko mendapat rawatan sewajarnya.
“Tidak boleh dinafikan dalam dua tahun semenjak COVID-19 menular di Malaysia, bukan sahaja penyakit HIV tetapi banyak lagi penyakit lain (tidak dapat ditangani akibat pelbagai kekangan).
“Sekarang bila sudah buka (pelbagai sektor), kita perlu meningkatkan lagi usaha untuk menghapuskan wabak HIV pula,” jelas Dr Adeeba dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya MAF di Rumah Perlindungan di Kampung Pelandah di sini, pada Ahad.
Dalam pada itu, beliau berkata, kecanggihan teknologi perubatan ketika ini dapat membantu menyembuhkan penyakit HIV dan AIDS dengan rawatan yang sempurna.
Jelas Dr Adeeba, pihaknya kini giat melaksanakan pelbagai program kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi mengubah pandangan negatif mereka terhadap pesakit dan penyakit tersebut.
Peningkatan pelaksanaan program-program kesedaran itu, jelas beliau, dibuat berikutan masih ramai pesakit yang enggan dan malu untuk tampil mendaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mendapatkan rawatan.
Topic Berkaitan
#Yayasan AIDS Malaysia
#HIV
#COVID-19
#Dr Adeeba Kamarulzaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan