KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta kerajaan negeri secara dasar bersetuju untuk mengekalkan pewartaan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) serta mewartakan TKPM yang belum diwartakan.
Menerusi mesyuarat kementerian bersama exco negeri yang dipengerusikan menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee semalam, mesyuarat juga secara dasar bersetuju menyediakan peruntukan penyelenggaran TKPM, tertakluk kepada kelulusan di peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri masing-masing.
MAFI dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat itu juga bersetuju dengan penubuhan dan terma rujukan Jawatankuasa Pembangunan Tanah Pertanian Peringkat Daerah sebagai platform memudah cara pembangunan tanah milik persendirian secara terancang bagi tujuan pertanian.
Ia sebagai usaha bersepadu bagi mengoptimumkan tanah pertanian sedia ada dan belum dibangunkan dalam meningkatkan pengeluaran makanan negara.
"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan pegawai daerah dan diselaraskan oleh Pejabat Daerah dan Tanah dengan dianggotai pelbagai jabatan/agensi di peringkat daerah. Persetujuan yang dicapai ini menyokong hasrat kementerian untuk memperkukuh sinergi dengan kerajaan negeri bagi menjamin sekuriti bekalan makanan negara," menurut kementerian itu.
Mesyuarat secara hibrid di Wisma Tani, Putrajaya itu turut dihadiri Ketua Setiausaha MAFI, exco pertanian dari 13 negeri, wakil Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), pegawai kanan serta ketua jabatan dan agensi MAFI.
Selain itu, mesyuarat turut membincangkan status sekuriti bekalan makanan negara yang diunjur kekal stabil dan mencukupi khususnya bagi lapan komoditi utama iaitu beras, daging ayam, daging lembu/kerbau, telur, susu segar, ikan, buah dan sayur.
Mesyuarat itu turut membincangkan hala tuju keputusan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Ke-139 berkaitan cadangan sinergi antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri bagi pengukuhan sekuriti bekalan makanan negara.
MAFI dan kerajaan negeri melalui kerjasama strategik serta kolaborasi berterusan akan memperkasa sektor agromakanan dan sekuriti bekalan makanan selaras aspirasi Dasar Agromakanan Negara 2021-2030.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 21 2022
Mesyuarat MAFI bersama exco negeri dipengerusikan menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pada Selasa. - Fail BERNAMA
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Ronald berkata, task force tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Tindakan papar nama ahli Parlimen 'ponteng' memalukan - Ronald
Ronald Kiandee menyelar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang mencadangkan untuk memaparkan nama ahli Parlimen yang ponteng sidang Parlimen di laman web Dewan Rakyat.
Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald
Walaupun King Sing mempunyai pas khas, namun perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Sampai bila bah! Ronald Kiandee desak kerajaan Sabah segera selesai masalah air dan elektrik
Datuk Seri Ronald Kiandee mendesak kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil tindakan lebih berkesan untuk menangani gangguan bekalan air dan elektrik yang semakin kritikal.
'Tak semua bunga ros, rupanya ada tahi ayam' - Ronald Kiandee sindir blok Kerajaan
Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu secara berseloroh menjemput ahli GPS untuk berada di kerusi pembangkang sekiranya tidak senang bersama blok kerajaan.
Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
PRU15: Hentikan kempen berbentuk ugutan - Ronald Kiandee
Ronald berkata Bung Moktar sepatutnya mengamalkan kempen secara sihat berlandaskan kepada undang-undang.
PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru
Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.