awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti

Astro Awani
Astro Awani
10/12/2022
11:37 MYT
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu memberitahu tidak dijemput dan dimaklumkan mengenai perjumpaan yang mendorong kepada keputusan itu pada Jumaat malam.
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
Memetik laporan The Star, Ronald yang juga Naib Presiden Bersatu memberitahu tidak dijemput dan dimaklumkan mengenai perjumpaan yang mendorong kepada keputusan itu pada Jumaat malam.
"Saya difahamkan terdapat perjumpaan pada Jumaat (9 Disember) malam apabila keputusan (meninggalkan parti) dibuat. Saya tidak dimaklum dan dijemput.
"Oleh itu saya masih lagi Ketua Bersatu Bahagian Beluran dan masih lagi bersama Bersatu Sabah," katanya.
Pada Sabtu, Hajiji yang juga Ketua Menteri mengumumkan beliau dan barisan kepimpinan Bersatu Sabah meninggalkan parti itu dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.
Jelasnya, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.
Selain itu, Hajiji berkata, keputusan kepimpinan Bersatu Sabah untuk meninggalkan Bersatu adalah atas dasar bahawa ia tidak lagi boleh dipertahankan untuk kekal sebagai status quo.
Ronald menambah, tindakan kepimpinan dan Ketua Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Hajiji Noor itu tidak 'melumpuhkan' parti tersebut di Sabah.
Sebaliknya kata beliau Bersatu masih mampu mengekalkan sokongan akar umbi kerana tindakan pimpinan tidak mendapat restu daripada ahli.
Dakwa beliau, beberapa ketua bahagian juga berbelah bahagi mengenai keputusan itu.
"Mereka (pimpinan) boleh menyatakan sebab mengenai keputusan itu tetapi ahli parti mempunyai hak untuk membuat keputusan," katanya sambil menyatakan akan memperkasa semula Bersatu di Sabah.
Kemelut Bersatu Sabah dengan Ronald tercetus apabila beliau tidak dicalonkan sebagai calon GRS pada PRU15 bagi kerusi Parlimen Beluran susulan kerjasama antara gabungan itu dengan Barisan Nasional.
Ekoran itu, kerusi Parlimen Beluran diberikan kepada calon BN Benedict Asmat hingga memaksa Ronald bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).
Namun, Ronald berjaya menenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 1,594 undi.
Topic Berkaitan
#Bersatu Sabah
#Ronald Kiandee
#Parlimen Beluran
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan