KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bersedia untuk menambah baik dan mengolah semula Pelan Tindakan melibatkan komoditi makanan bagi meningkatkan tahap sara diri (SSL) untuk memastikan sekuriti makanan di dalam negara terjamin.
Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata langkah itu melibatkan Dasar Agro Makanan Negara 2.0 dan Dasar Sekuriti Makanan Negara (DSMN) khususnya apabila negara sebelum ini belum berhadapan keadaan pascapandemik yang mencabar.
Beliau berkata perkembangan terkini melibatkan konflik geopolitik (peperangan Rusia-Ukraine) dan kesan penutupan sempadan ketika pandemik telah menimbulkan keperluan itu.
"Apabila kita merangka DSMN dan Dasar Agro Makanan Negara, kita belum berhadapan satu tahap pascapandemik yang mencabar. Namun perkembangan terbaharu menambah cabaran terhadap rantaian makanan negara bukan sahaja di Malaysia tetapi juga seluruh dunia.
"Jadi kita di kementerian ini bersedia untuk menambah baik pelan-pelan tindakan yang telah kita olah dalam keadaan yang kurang mencabar dan disesuaikan dalam keadaan kini yang mencabar," katanya dalam temu bual eksklusif bersama BernamaTV.
Pada masa sama, beliau memaklumkan kerajaan berjaya menangani kesan daripada gangguan rantaian bekalan sekali gus mengelakkan negara daripada berhadapan dengan keadaan krisis yang melampau.
"Kita sentiasa bersedia untuk melakar dan mengolah Pelan-Pelan Tindakan yang strategik dan perlu bagi memastikan gangguan ini tidak memberi kesan krisis kepada bekalan rantaian makanan di negara kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 16 2022
Kiandee berkata, kerajaan berjaya menangani kesan daripada gangguan rantaian bekalan sekali gus mengelakkan negara daripada berhadapan dengan keadaan krisis yang melampau. - Gambar fail
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Ronald berkata, task force tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Tindakan papar nama ahli Parlimen 'ponteng' memalukan - Ronald
Ronald Kiandee menyelar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang mencadangkan untuk memaparkan nama ahli Parlimen yang ponteng sidang Parlimen di laman web Dewan Rakyat.
Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald
Walaupun King Sing mempunyai pas khas, namun perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Sampai bila bah! Ronald Kiandee desak kerajaan Sabah segera selesai masalah air dan elektrik
Datuk Seri Ronald Kiandee mendesak kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengambil tindakan lebih berkesan untuk menangani gangguan bekalan air dan elektrik yang semakin kritikal.
'Tak semua bunga ros, rupanya ada tahi ayam' - Ronald Kiandee sindir blok Kerajaan
Bekas Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu secara berseloroh menjemput ahli GPS untuk berada di kerusi pembangkang sekiranya tidak senang bersama blok kerajaan.
Status empat ahli Parlimen Sabah keluar Bersatu masih kekal, kedudukan diumum selepas 21 hari - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Johari Abdul hari ini berkata status empat Ahli Parlimen Sabah yang keluar daripada Bersatu setakat ini kekal dan belum ada kekosongan kerusi mereka.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
Bersatu Sabah belum 'lumpuh', Ronald Kiandee masih pemimpin parti
Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Ronald Kiandee menjelaskan kekal bersama Bersatu di Sabah walaupun kepimpinan negeri itu bertindak keluar parti hari ini.
PRU15: Hentikan kempen berbentuk ugutan - Ronald Kiandee
Ronald berkata Bung Moktar sepatutnya mengamalkan kempen secara sihat berlandaskan kepada undang-undang.
PRU15: Sah! Ronald Kiandee tetap bertanding di Beluran, pertembungan lima penjuru
Bekas penyandang kerusi Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee yang tidak dinamakan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hadir di lokasi penamaan calon di Dewan Masyarakat Beluran, pagi Sabtu.