awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI pandang serius isu warga Bangladesh, Rohingya terlibat penanaman padi, ubah tanah sawah

Bernama
Bernama
25/11/2021
10:42 MYT
MAFI pandang serius isu warga Bangladesh, Rohingya terlibat penanaman padi, ubah tanah sawah
Tindakan mengubah tanah sawah kepada kebun sayur-sayuran yang lebih menguntungkan menyebabkan kawasan penanaman padi dalam negara berkurangan. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memandang serius penglibatan warga asing dalam sektor penanaman padi termasuk tindakan sebilangan mereka mengubah tanah sawah kepada kebun sayur-sayuran yang lebih menguntungkan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata perbuatan sedemikian akan menyebabkan kawasan penanaman padi dalam negara berkurangan.
"Kita memandang serius penglibatan warga asing dan perkara ini telah pun kita laporkan kepada pihak berwajib untuk tindakan lanjut," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab celahan Datuk Salim Sharif (BN-Jempol) berhubung laporan media bahawa terdapat warga Bangladesh dan Rohingya yang mengusahakan tanaman padi dengan menyewa sawah daripada pemilik.
Seramai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan, pembangkang dan bebas mengambil bahagian dalam sesi perbahasan itu.
Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM3,281,428,300 yang diperuntuk kepada MAFI dalam Bajet 2022 dengan lebih suara menyokong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAFI
#penanaman padi
#ubah tanah sawah
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan