awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI rancang tanam jagung berskala besar, bendung kenaikan harga makanan ternakan - Zawawi

Bernama
Bernama
13/11/2021
21:13 MYT
MAFI rancang tanam jagung berskala besar, bendung kenaikan harga makanan ternakan - Zawawi
Nik Muhammad Zawawi (kiri) menyampaikan barangan dapur dan bantuan kewangan pada majlis ramah mesra dan penyampaian one-off kepada pemandu kereta sewa di pekarangan kereta sewa dan bas Tok Janggut di Pasir Puteh, 13 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengenal pasti beberapa langkah dalam usaha membendung kenaikan harga makanan haiwan ternakan di negara ini, termasuk dengan mengusahakan tanaman jagung secara berskala besar.
Timbalan Menteri MAFI Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata selain itu ialah memberi peruntukan khas kepada para penternak.
"Kerajaan akan berusaha menanam tanaman jagung untuk menghasilkan bekalan makanan ternakan dengan penanaman berskala besar. Selain itu, kerajaan juga akan membina kilang bagi memproses bekalan makanan sendiri menerusi kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan secara 'one-off' dan bakul makanan kepada 70 pemandu kereta sewa di Pejabat Kereta Sewa Taman Mahkota, di sini, semalam.
Turut hadi Pengerusi Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Kelantan Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan, Wan Nora Wan Ahmad.
Katanya, sekiranya semua rancangan itu berjalan lancar ia akan memberi kesan terhadap harga ayam di pasaran yang disifatkan tidak munasabah ketika ini dan dikhuatiri membebankan rakyat.
Baru-baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.
Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata paras harga ayam secara umumnya dipengaruhi banyak faktor termasuk kos input ternakan khususnya komponen makanan yang diimport seperti kacang soya dan jagung yang turut dipengaruhi kadar pertukaran asing serta harga pasaran dunia.
Selain itu, katanya harga ayam di pasaran turut dipengaruhi permintaan dan penawaran dalam keadaan sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan telah dibuka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kenaikan harga
#jagung
#makanan haiwan ternakan
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan