awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAFI sasar bantu 750 usahawan, sedia RM15 juta Geran Agropreneur Muda

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
26/03/2022
15:36 MYT
MAFI sasar bantu 750 usahawan, sedia RM15 juta Geran Agropreneur Muda
Ahmad berkata, MAFI telah meluluskan lebih RM137 juta kepada 7,699 usahawan sehingga tahun lalu. - Gambar fail
GOPENG: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) mensasarkan untuk membantu 750 usahawan muda tahun ini menerusi pemberian Geran Agropreneur Muda (GAM) tahun ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, bagi tujuan itu MAFI menyediakan GAM sebanyak RM15 juta.
Menurut beliau, sejak diperkenalkan tahun 2016, MAFI telah meluluskan lebih RM137 juta kepada 7,699 usahawan sehingga tahun lalu.
Sehubungan itu, katanya, kementerian akan terus melaksanakan program Jelajah Agropreneur Muda (JAM) di seluruh negara.
“Program ini merupakan platform untuk memberitahu usahawan muda yang masih belum mengetahui bantuan pembiayaan seperti GAM ini mampu meningkatkan produktiviti dan menambah pendapatan mereka,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program JAM peringkat negeri Perak di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, bagi negeri Perak, seramai 976 usahawan menerima GAM berjumlah RM13.57 juta.
Pada majlis itu, beliau menyampaikan GAM kepada 73 usahawan di Perak yang berjumlah RM1.45 juta.
Melalui GAM, usahawan tidak diberi bantuan tunai, sebaliknya dalam bentuk barangan yang bernilai sehingga RM20,000.
Topic Berkaitan
#MAFI
#usahawan muda
#geran agropreneur muda
#Ahmad Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan