Skip to main content

Malaysia

Mafia korporat: Victor Chin perlu segera tampil 'selamatkan' Rafizi - SWN

Mazween berkata, Victor Chin perlu memberikan bukti dakwaan beliau pernah memberikan dana berjumlah lebih RM9 juta kepada pemimpin politik kepada Rafizi yang kian tersepit untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau sebelum ini. - Gambar Astro AWANI
Mazween berkata, Victor Chin perlu memberikan bukti dakwaan beliau pernah memberikan dana berjumlah lebih RM9 juta kepada pemimpin politik kepada Rafizi yang kian tersepit untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau sebelum ini. - Gambar Astro AWANI

Advertisement

KUALA LUMPUR: Satu-satunya individu yang boleh menyelamatkan pemimpin parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli sekarang ialah Victor Chin Boon Long, yang disifatkan banyak pihak sebagai individu utama dalam isu mafia korporat.

Pengerusi Sekretariat Suara Wanita Nasional (SWN), Mazween Mokhtar berkata, Victor Chin perlu memberikan bukti dakwaan beliau pernah memberikan dana berjumlah lebih RM9 juta kepada pemimpin politik kepada Rafizi yang kian tersepit untuk membuktikan kebenaran dakwaan beliau sebelum ini.

"Sudah enam bulan Rafizi menghasut rakyat tetapi beliau masih gagal menyerahkan bukti kerana bukti tersebut ada pada Victor Chin yang tidak diketahui di mana keberadaan beliau walaupun disebut-sebut sebagai mafia korporat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim sebelum ini berkata, Victor Chin perlu tampil segera bagi membantu pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu mafia korporat agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua pihak.

Jais berkata, pihaknya mengambil serius kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat berhubung komitmen kerajaan untuk mendedahkan laporan siasatan berkaitan dakwaan kewujudan kumpulan yang digelar sebagai mafia korporat dalam tempoh tiga bulan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti mafia korporat.

Jelas Perdana Menteri, laporan lengkap siasatan berhubung kegiatan itu akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.

Mengulas lanjut, Mazween berkata, Victor Chin tidak lagi boleh bersembunyi kerana dalam masa tiga bulan sahaja lagi, nama beliau akan terdedah dengan pelbagai hubung kaitnya dalam isu mafia korporat tersebut.

Must Watch Video

Advertisement