Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) bersedia membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk memiliki daya saing di pasaran yang luas melalui inovasi syarikat pemula niaga.
Ketua Pegawai Eksekutif, Ashran Ghazi berkata, PKS juga perlu bekerjasama dengan syarikat pemula niaga bagi menjana satu ekosistem perniagaan yang lebih mapan.
Katanya, walaupun kerajaan sering menggesa syarikat PKS untuk menjadi lebih berinovatif, tetapi cabaran sebenarnya adalah kebanyakan PKS sendiri tidak mempunyai unit penyelidikan dan pembangunan dan sering bergantung kepada pengasas syarikat itu sendiri untuk memikirkan idea baru.
MaGIC, katanya, tidak mahu PKS terlibat dalam era digital tanpa ada strategi yang tepat.
"Jadi MaGIC akan membantu mereka memasuki bidang perniagaan dalam talian tapi dengan sedikit kelainan kerana walaupun dunia perniagaan dalam talian menjanjikan pasaran yang luas, persaingannya juga adalah tinggi. Oleh itu kita mahu PKS kita berdaya mapan," katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran bersama MaGIC dan Cyberview di sini, Jumaat.
Beliau berkata, MaGIC menyediakan platform untuk membantu syarikat yang memerlukan idea inovasi dalam perniagaan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2017
MaGIC tidak mahu PKS terlibat dalam era digital tanpa ada strategi yang tepat. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
MaGIC masih kekal beroperasi - CEO
Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) memaklumkan, agensi itu masih kekal beroperasi meskipun telah diumumkan pembubarannya oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
MaSSIVE satu lagi usaha MaGIC semarakkan perniagaan berpandukan impak
MasSIVE berperanan untuk membentuk gabungan program buat IDE, menjalinkan kerjasama antara pihak berkepentingan utama, serta mencetuskan perubahan polisi dalam sektor itu.
Pendekatan 'Blue Ocean Shift' antara tunjang Global Entrepreneurship Community Summit 2017
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC Ashran Ghazi, konsep Blue Ocean Shift boleh dipakai tidak kira tahap usahawan itu, atau perniagaan apa yang diasaskan.
Sektor keusahawanan sosial teruja penambahan bajet TEKUN - MaGIC
Keusahawanan sosial memberikan reaksi positif dengan peruntukan paling tinggi yang diberikan kepada TEKUN dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
#MA2017: Inovasi jadi cabaran untuk usahawan pemula
Namun persoalan yang sering dibangkitkan dalam kalangan peniaga pemula ini adalah 'Bagaimana untuk jadi lebih inovatif?'
MaGIC nafi pengaturan quid-pro-quo dengan Uber
"Awal minggu ini, kami terkejut mendapati kami dinamakan dalam artikel yang memberi dakwaan serius pada cara Uber beroperasi di rantau ini," katanya dalam kenyataan.
MaGIC mulakan GAP dengan penyertaan 56 syarikat permulaan
Program Pemacu Global (GAP) dimulakan dengan penyertaan 56 syarikat permulaan dari 47 negara dengan faedah bernilai lebih RM1.7 juta (US$400,000).
Perancangan awal pastikan Sime Darby tidak terkesan ketidakstabilan ekonomi
Dalam berdepan cabaran ekonomi global, Sime Darby Berhad merancang perniagaan tiga ke empat tahun lebih awal.