awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin

Fareez Azman
Fareez Azman
08/08/2022
08:49 MYT
MAHA 2022: 22 PKS tandatangani MoU RM451 juta, produk Malaysia bakal tembusi pasaran Asia Pasifik - Azmin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Datuk Seri Ronald Kiandee menjawab pertanyaan wartawan dalam sidang media di Taman Ekspo Pertanian Malaysia sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di Serdang, hari ini.
SERDANG: Sebanyak 22 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara enam ejen pemasaran antarabangsa dengan nilai dagangan berjumlah RM451 juta.
Menurut Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, perkembangan itu merupakan satu permulaan baik buat industri PKS dalam menembusi pasaran Asia Pasifik.
Beliau berkata, tumpuan dagangan akan diberikan pada beberapa buah negara di Asia Pasifik seperti China, Jepun dan Australia.
"Saya percaya usaha ini akan diperkembangkan dengan sokongan daripada Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)," katanya dalam sidang media di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ronald Kiandee.
Terdahulu Ronald dan Azmin menyaksikan Majlis Pemeteraian MoU Kerjasama Strategik anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan di antara 22 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat ejen pemasaran antarabangsa
Dalam perkembangan sama, Ronald Kiandee berkata, MoU yang ditandatangani hari ini adalah usaha kerajaan mengangkat promosi produk hiliran dan PKS ke peringkat antarabangsa.
"MoU ditandatangani pelbagai pihak antara pihak perusahaan antarabangsa dan tempatan, begitu juga pengusaha tempatan dengan pengusaha tempatan.
"Ini tentu sekali mengangkat produk PKS ke negara luar melalui agen pemasaran memberi ruang produk tempatan untuk dihantar ke luar negara.
"Kita mempunyai banyak produk tempatan, sebahagian besar memenuhi ketetapan dan syarat antarabangsa jadi menerusi MoU ini tentu sekali mengangkat pengusaha PKS ke peringkat antarabangsa," ujarnya.
Topic Berkaitan
#MAHA 2022
#22 PKS
#produk Malaysia
#Asia Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan