awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
Bomba Negeri Sembilan terima 219 panggilan kes pembakaran terbuka sepanjang Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahathir minta Trump bersikap lebih konsisten

Bernama
Bernama
27/09/2018
10:53 MYT
Mahathir minta Trump bersikap lebih konsisten
MAHATHIR: Jika anda mahu menentang kami, katakan saja yang anda mahu menentang kami.
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata terdapat keperluan bagi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump supaya bersikap lebih konsisten, termasuk berhubung dasar berkaitan Asia.
"Jadilah lebih konsisten. Jika anda mahu menentang kami, katakan saja yang anda mahu menentang kami. Jika anda tidak mahu menentang kami dan anda mahu (kita) bersahabat, katakan sahaja dan (ayuh) kita bersahabat," kata Perdana Penteri Malaysia itu, yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Beliau berkata demikian ketika ditanya tentang nasihat beliau kepada Trump untuk melakukan pembaharuan berhubung dasar di Asia, dalam pertemuan dengan anggota Majlis Amerika Syarikat mengenai Hubungan Luar, pada Rabu.
Ditanya tentang penilaian beliau terhadap Trump, perdana menteri berusia 93 tahun itu menjawab beliau tidak tahu bagaimana untuk memberi pendapat tentang presiden itu.
"Sebab beliau mengubah fikiran malah dalam hanya beberapa jam sahaja," kata Dr Mahathir, yang memberi contoh pendirian tidak tetap Trump mengenai sama ada untuk mengadakan atau tidak pertemuan dengan pemimpin negara lain.
"Jadi amat sukar untuk menjangkakan apa yang beliau mahu lakukan. Berurusan dengan orang yang tidak konsisten merupakan masalah yang sangat besar," kata Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata beliau mempunyai tanggapan bahawa Presiden Amerika itu "tidak tahu sangat tentang Asia dan oleh itu, beliau membuat keputusan yang tidak didasarkan kepada hakikat yang nyata,"
"... dan beliau nampaknya memikirkan tentang Amerika dan hanya berfikir bagaimana untuk menjadikan Amerika hebat semula. Beliau tidak memikirkan tentang hubungan luar," kata Dr Mahathir.
Perdana Menteri menegaskan bahawa respons Amerika kepada mana-mana krisis tertentu "adalah untuk menghantar kapal perang" , yang pada pandangan beliau bukanlah satu cadangan yang sangat baik.
"Ia mewujudkan ketegangan, ia satu bentuk provokasi. Sebab itulah Malaysia menyuarakan dasar luarnya untuk tidak membenarkan kapal perang ditempatkan di kawasan berkenaan," katanya, merujuk kepada laluan air yang penting di Laut China Selatan dan Selat Melaka.
Ditanya tentang bentuk keseimbangan kuasa di Asia dan dunia pada masa depan, beliau berkata: "Lima belas hingga 20 tahun dari sekarang bermakna Mr Trump tidak akan ada lagi. Saya berpendapat rakyat Amerika yang lain, orangnya agak munasabah. Rakyat sedar bahawa keamanan lebih baik daripada peperangan."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Donald Trump
#Mahathir Mohamad
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan