KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sepatutnya menimbulkan kenyataan yang menyentuh isu sensitif dan perkauman di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Khas Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) Datuk R. Ramanan.
Beliau berkata Dr Mahathir juga tidak seharusnya mempersoalkan kesetiaan dan semangat cinta akan negara bagi mana-mana kaum khususnya India di Malaysia.
"Saya India tetapi darah saya Malaysia, darah ini saya dapat dari Malaysia kerana saya lahir di sini. Kalau kita tidak sayang dan tak setia kepada negara, tahu tak berapa ramai askar dan polis (kaum India)? Seingat saya untuk bercakap mengenai kesetiaan, Tun (Mahathir) sendiri belum pernah pergi berperang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika sidang media selepas melawat ibu pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini hari ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu dalam temu bual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia kerana masih terikat dengan negara asal mereka.
Dalam masa sama, Ramanan yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata beliau tidak faham apa yang perlu dibuktikan kepada Dr Mahathir selepas segala khidmat dan bakti yang dicurahkan oleh askar dan polis berbangsa India tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan kepada negara.
Beliau juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
"Kalau kita tengok dia (Dr Mahathir) hari ini mempunyai pendirian A, kemudian B, selepas itu C. Parti politik pun dia tidak boleh kekal setiap tahun, saya sudah lupa dia parti mana, saya pun keliru," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 16 2024
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik. - Gambar fail/Bernama
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Amalkan prinsip Rukun Negara utuhkan perpaduan negara
Lima prinsip Rukun Negara bukan hanya setakat perlu dihafal dan dihayati, sebaliknya ia perlu dipraktikkan dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Isu sensitif: Umat Islam harus elak ambil tindakan sendiri
Pada masa sama kerajaan dan pihak berkuasa juga perlu ambil tindakan pantas dalam menangani isu-isu berbangkit berkaitan agama Islam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Stoking kalimah Allah: Pasar raya diingati jangan ulang kesilapan, ambil iktibar - TPM Zahid
Pasar raya seluruh negara diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh pasar raya KK Mart.
Mahathir tidak patut keluar kenyataan sentuh isu sensitif, kaum - Ramanan
Ramanan juga mendakwa bahawa pendirian bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan sering bertukar parti politik.
Usah sentuh sensitiviti agama, bersama maju ke hadapan - Premier Sarawak
Kerajaan Sarawak menekankan inklusiviti sosial berteraskan keadilan untuk semua tanpa mengira latar belakang kaum dan agama yang pelbagai.
PRN: Jangan sentuh isu sensitif - Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan tegas terhadap parti politik yang menyentuh isu 3R iaitu bangsa, agama serta institusi diraja sepanjang perjalanan pilihan raya negeri (PRN) di Kedah, Pul
PRN: Parti politik diberi peringatan tidak sentuh isu 3R
Katanya, jika ia berlaku, PDRM akan ambil tindakan di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Isu penggunaan kalimah Allah: Jangan guna untuk kepentingan politik
Saifuddin berkata, ahli politik perlu berhati-hati dan memastikan kesahihan fakta serta bertanggungjawab dalam membuat kenyataan.
Terap tiga prinsip elak isu sensitif
Semua pihak, terutamanya pengamal media, perlu kembali kepada pemahaman asas dalam laporan mereka.