awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis nafi rompakan masjid di Kuala Kedah
Xiaomi keluarkan lebih 400,000 kereta elektrik sepanjang 2025
Lelaki ditahan simpan buaya tembaga bernilai ratusan ribu dalam but kereta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB adakan 'KLIA Crazy Sale' untuk rangsang pelancongan tempatan

Bernama
Bernama
14/08/2020
09:40 MYT
MAHB adakan 'KLIA Crazy Sale' untuk rangsang pelancongan tempatan
Malaysia Airports Holdings Bhd sedang menganjurkan acara jualan "KLIA Crazy Sale" bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 26 hingga 31 Ogos ini. - Gambar BERNAMA
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang menganjurkan acara jualan "KLIA Crazy Sale" bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mulai 26 hingga 31 Ogos bagi membantu peruncit KLIA mencapai pasaran yang lebih meluas.
MAHB dalam satu kenyataan hari ini berkata, acara tersebut bertujuan untuk membantu pihak industri dan rakan peruncitan menangani impak COVID-19 dengan memberikan tawaran yang unik seperti diskaun luar biasa bagi produk eksklusif yang tidak dikenakan cukai kepada orang awam.
Ia juga bekerjasama dengan Tourism Malaysia bagi penganjuran Pesta Pelancongan Mini Cuti-Cuti Malaysia sempena acara jualan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata, penganjuran Pesta Pelancongan Mini Cuti-Cuti Malaysia adalah sejajar dengan strategi bersama Dorongan Taktikal Domestik yang telah dibangunkan dengan Tourism Malaysia bagi merangsang pemulihan pelancongan dan ekonomi.
"Memandangkan sekatan perjalanan semakin dilonggarkan, kami berharap agar rakyat Malaysia dapat merancang untuk melancong secara tempatan melalui acara ini. Kami yakin ianya akan mendapat sambutan yang positif dengan purata 3,000 pelawat setiap hari," tambahnya.
Acara ini juga akan menawarkan Pakej "Staycaption" Lapangan terbang pertama oleh Hotel Sama Sama KLIA bagi keluarga yang mahu menikmati lawatan eksklusif dan aktiviti simulasi kebakaran yang menarik di stesen bomba KLIA. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#KLIA
#KLIA Crazy Sale
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#Malaysia Airports Holdings Bhd
#Mohd Shukrie Mohd Salleh
#Staycaption
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan