awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MAHB siap sembilan lokasi penyelenggaraan penurapan di klia2

Bernama
Bernama
09/01/2016
00:51 MYT
MAHB siap sembilan lokasi penyelenggaraan penurapan di klia2
Suntikan penurapan merupakan proses membaiki retak dan lompang sama ada di dalam atau di bawah konkrit dengan penurapan simen untuk mengurangkan tahap tekanan yang teruk. - Gambar fail
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang menggunakan kaedah baharu penyelenggaraan menggunakan suntikan penurapan di klia2, bermula Ogos lepas, berjaya menyiapkan kesemua sembilan lokasi yang dijadualkan pada 2015.
Dalam satu kenyataan Jumaat, pengendali lapangan terbang itu berkata kerja-kerja itu yang bertujuan untuk menggantikan pemasangan papak konkrit di jalan rayap dan kawasan parkir pesawat, telah dapat mengurangkan kejadian air bertakung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sejak dua bulan lepas.
"MAHB juga telah menyiapkan dua lagi lokasi yang pada asalnya dirancang pada 2016, yang telah mendahului jadual," katanya.
Oleh itu, baki lokasi yang dirancang bagi kerja-kerja berkenaan dijadualkan pada 2016 telah dikurangkan kepada 39, katanya.
Suntikan penurapan merupakan proses membaiki retak dan lompang sama ada di dalam atau di bawah konkrit dengan penurapan simen untuk mengurangkan tahap tekanan yang teruk.
"Kami berharap dengan perkongsian maklumat ini, orang ramai akan mendapat maklumat dan lebih memahami keadaan sebenar dan tidak dipengaruhi oleh spekulasi," katanya.
Topic Berkaitan
#KLIA2
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Bhd
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan