awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundangan Islam

Hilal Azmi
Hilal Azmi
28/09/2016
10:52 MYT
Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundangan Islam
Ahmad Zahid bersama-sama dengan Datuk Mahfodz Mohamed (kanan) dan Datuk Seri Jamil Khir selepas majlis perasmian Multaqa Kluster Ekonomi Majlis Perundingan Islam di sini hari ini. - Gambar Astro AWANI
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Mahfodz Mohamed dilantik sebagai Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam (MPI).
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pelantikan itu semasa berucap merasmikan Multaqa Kluster Ekonomi Majlis Perundingan Islam, dengan penghargaan kepada Datuk Dr Haron Din yang mengetuai Kluster Dakwah sebelum ini.
"Kluster dakwah kehilangan seorang tokoh yang cukup hebat. Pada hemat saya, jawatan tersebut amat penting kerana platform Majlis Perundingan ini adalah atas inisiatif memantapkan umat Islam di negara ini.
"Jadi, tokoh yang boleh menggantikan beliau ialah Datuk Mahfodz Mohamed," katanya di sini hari ini.
Jelasnya, Mahfodz merupakan individu paling tepat dalam memimpin Kluster Dakwah MPI untuk membawa ummah agar terus bersatu dengan mengenepikan kabilah politik, pandangan Islam serta latar belakang.
Mahfodz merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS dan pernah menjawat jawatan sebagai Panel Mahkamah Rayuan Syariah Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 1988-1996.
Beliau kini aktif dalam politik di samping merupakan Pengerusi dan Pengetua, Maahad Tahfiz Al-Muhammadi, Kundang Ulu, Muar, Johor
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Dr Mahfodz Mohamed
#Ketua Kluster Dakwah Majlis Perundingan Islam
#MPI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan