awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
Tuntutan palsu: SPRM tahan tiga individu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mahkamah arah CD mengandungi kalimah 'Allah' diserah kepada wanita S'wak

Bernama
Bernama
23/06/2015
05:12 MYT
Mahkamah arah CD mengandungi kalimah 'Allah' diserah kepada wanita S'wak
Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel tiga hakim memerintahkan KDN mengembalikan CD itu kepada Jill dalam tempoh sebulan daripada tarikh hari ini.
Warga Sarawak, Jill Ireland Lawrence Bill boleh mendapatkan kembali lapan cakera padatnya (CD) mengenai ajaran Kristian yang mengandungi Kalimah 'Allah' selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengembalikan CD berkenaan kepada wanita itu.
Hakim Tengku Maimun yang mengetuai panel tiga hakim memerintahkan KDN mengembalikan CD itu kepada Jill dalam tempoh sebulan daripada tarikh hari ini.
Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Seri Zakaria Sam dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh KDN dan kerajaan.
Mahkamah juga membenarkan sebahagian rayuan balas Jill dan menghantar semula perkara itu kepada Mahkamah Tinggi untuk didengar di hadapan hakim lain berhubung permohonan Jill untuk mendapatkan pengisytiharan mengenai hak beliau di bawah Perkara 8 dan 11 Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama dan kesaksamaan seseorang di sisi undang-undang.
Pada 11 Mei 2008, CD berjudul 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah', 'Hidup Benar Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah', telah dirampas daripada Jill sebaik beliau tiba di Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
Pada 21 Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan supaya CD itu dikembalikan kepada Jill tetapi mahkamah tidak mengeluarkan perintah seperti yang dipohon beliau.
Topic Berkaitan
#Allah
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Mahkamah Rayuan
#Mahkamah Tinggi
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan