Mahkamah Rayuan pada Jumaat membatalkan rayuan bekas setiausaha politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hasbie Satar, untuk mendapatkan butiran secara spesifik terhadap pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah RM2.13 juta terhadapnya.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Azahar Mohamed sebulat suara membenarkan bantahan awal Timbalan Pendakwa Raya, Anselm Charles Fernandis atas alasan perkara yang dipohon tidak boleh dirayu.
Hasbie, 41, merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Dia membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 19 Jun 2012 menolak permohonan untuk semakan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth menafikan permohonannya untuk mendapatkan secara spesifik butiran berhubung tuduhan terhadapnya.
Dalam keputusannya, Azahar berkata keputusan Mahkamah Tinggi tidak boleh dirayu di Mahkamah Rayuan mengikut tafsiran Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 kerana keputusan itu tidak akhirnya melupuskan hak Hasbie.
Hakim itu juga menolak permohonan lisan peguam Hasbie, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menangguhkan perbicaraan yang sedang berjalan di Mahkamah Sesyen sehingga selesai rayuan mengenai perkara itu di Mahkamah Persekutuan.
Bagaimanapun, Azahar meminta Muhammad Shafee memfailkan secara rasmi permohonan penangguhan itu.
Dua lagi anggota panel hakim yang lain ialah Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.
Berikutan keputusan itu, perbicaraan terhadap Hasbie akan disambung semula di Mahkamah Sesyen Butterworth seperti ditetapkan, Isnin ini.
Hasbie didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 11 Feb 2011 atas tuduhan terbabit dalam kegiatan pengubahan wang haram iaitu memiliki wang RM2.13 juta yang merupakan hasil aktiviti haram pada 11 Feb 2010 di Pangsapuri Sri Molek, Jalan Laksamana, Teluk Air Tawar, Butterworth.
Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM5 juta atau kedua-duanya.
Bernama
Fri May 16 2014
Mahkamah batal rayuan bekas setiausaha politik
Bas terbalik di lebuh raya PLUS, 41 penumpang terselamat
Bas pesiaran membawa penumpang dari Kupang, Kedah terbalik di KM264.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan.
Bayi sembilan bulan, ibu antara tiga maut dalam kemalangan di Semporna
Seorang ibu bersama bayi dan seorang warga emas wanita maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan, pada Sabtu.
Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO
Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia bersetuju lanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan.
Selepas 25 tahun, pastikan PKR kekal relevan dalam setiap generasi - Naib Presiden
PKR kini berdepan cabaran memastikan parti itu sentiasa relevan dalam setiap generasi khususnya golongan muda.
EPL: Arteta tuntut aksi terbaik kalahkan Manchester United
Amaran keras Mikel Arteta buat anak buahnya, pamer aksi terbaik menentang Manchester United di Stadium Old Trafford, malam ini.
Awasi penggunaan AI dalam penghasilan berita - PWP
PWP menyarankan agar penggunaan teknologi AI dalam penghasilan berita perlu diawasi demi meningkatkan keselamatan, kebolehpercayaan dan integriti maklumat disampaikan kepada masyarakat.
Kemenangan bukti kerjasama erat dan kepercayaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan
Kemenangan Pang Sock Tao pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu adalah bukti kerjasama dalam kerajaan perpaduan yang kukuh dan kepercayaan rakyat.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang menyakinkan dan selesa.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata Pang berjaya mempertahan kerusi milik DAP itu dengan majoriti yang menyakinkan dan selesa.
Pasukan jururawat di Madinah sedia berkorban demi jemaah
Pasukan jururawat Pusat Rawatan Madinah sedia berkhidmat kepada jemaah haji musim 1445M/2024 bagi memastikan kesihatan dan kebajikan mereka yang memerlukan, dijaga dengan sempurna dan sebaik mungkin.
Bursa Malaysia dijangka didagang dalam julat kecil minggu depan
Penganalisis Pasaran dari Rakuten Trade Sdn Bhd jangkakan Bursa Malaysia didagangkan dalam julat kecil dan tidak banyak perubahan minggu depan.
Tentera Israel arah penduduk berpindah dari Rafah
Tentera Israel melalui risalah yang digugurkan dari udara mengarahkan penduduk Palestin di Rafah untuk berpindah, ketika rejim itu mahu memperhebat operasi ketenteraannya di selatan Gaza.
Mohamad Zabidin pemangku Hakim Besar Malaya
Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dilantik sebagai pemangku Hakim Besar Malaya.
Jurubahasa perlu beri layanan baik kepada peguam, orang awam - Hakim Besar Malaya
Tiada seorang pun majistret atau hakim yang mampu menjalankan perbicaraan tanpa kehadiran jurubahasa.
Hakim perbicaraan kes SRC Najib ditukar ke mahkamah sivil
Menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Majlis Peguam kepada semua anggotanya semalam, arahan dikeluarkan oleh Ketua Hakim Malaya Tan Sri Azahar Mohamed.
Kes Altantuya: Mahkamah tolak permohonan mencelah Najib
Mahkamah Persekutuan memutuskan tidak membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas UTK.
Mahkamah batal rayuan bekas setiausaha politik
Panel tiga hakim sebulat suara membenarkan bantahan awal Timbalan Pendakwa Raya atas alasan perkara yang dipohon tidak boleh dirayu.