Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga lagi berjaya dalam permohonan mereka untuk membatalkan saman yang difailkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan yang lain berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Dengan membenarkan permohonan Muhyiddin dan tiga lagi defendan, Hakim Mahkamah Tinggi Datin Rohani Ismail memutuskan bahawa Dr Mahathir dan lima lagi plaintif tidak mempunyai lokus standi untuk mengemukakan tindakan undang-undang terhadap defendan.
Beliau juga memutuskan bahawa mahkamah berpandukan peruntukan undang-undang dan kes di bawah Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 mahkamah mendapati Seksyen 18C terpakai dalam kes sekarang.
"Sehubungan itu mahkamah tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar atau menentukan tuntutan plaintif," katanya.
Seksyen 18C menyatakan bahawa sebarang keputusan parti politik adalah muktamad dan tidak boleh dicabar di mahkamah.
Mahkamah memerintahkan plaintif membayar kos RM30,000 kepada semua defendan.
Hakim Rohani juga menolak permohonan plaintif untuk mendapatkan perintah injuksi untuk mempertahankan status quo mereka sebagai ahli Bersatu sehingga pendengaran saman itu kerana mahkamah telah membatalkan keseluruhan tindakan.
Pada 9 Jun, Dr Mahathir, anaknya Datuk Seri Mukhriz, Dr Maszlee Malik, Datuk Amiruddin Hamzah, Datuk Marzuki Yahya dan parti itu sendiri telah memfailkan saman berhubung pembatalan keahlian mereka dalam Bersatu, yang dinamakan sebagai plaintif pertama hingga keenam.
Mereka menamakan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu dan Pemangku Pengerusi; Setiausaha Agung Datuk Seri Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan pertama hingga keempat.
Menjelaskan mengenai faktor lokus standi, hakim itu berkata pada 4 Jun 2020 Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, telah mengesahkan keputusan Bersatu bahawa plaintif pertama, Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi pada 24 Feb dan berdasarkan Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, Muhyiddin yang merupakan defendan pertama, memangku jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.
Beliau mengatakan bahawa telah termaktub bagi setiap pertubuhan berdaftar diatur oleh perlembagaan dan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan ia juga telah termaktub bahawa perlembagaan pertubuhan yang berdaftar beroperasi sebagai kontrak antara ahli-ahlinya.
"Fasal 10.02 Perlembagaan Bersatu memperuntukkan kehilangan keahlian secara automatik oleh peristiwa tertentu yang telah ditentukan iaitu Fasal 10.2 menyatakan bahawa 'keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta apabila berlaku mana-mana satu berikut' iaitu termasuk Fasal 10.2.6 menyatakan bahawa "seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah," katanya.
Hakim Rohani juga berkata sebelum persidangan Dewan Rakyat pada 18 Mei 2020, Dr Mahathir dan Mukhriz telah menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), menyatakan bahawa kerusi mereka akan berada di pihak pembangkang bersama-sama dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang menentang Kerajaan sekarang yang Bersatu adalah sebahagian daripadanya.
Beliau berkata pada sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei, plaintif pertama hingga kelima telah menyeberang dan duduk di blok pembangkang bersama Ahli Parlimen Pakatan Harapan.
Hakim berkata mahkamah berpendapat tindakan yang dilakukan oleh kelima-lima plaintif berkenaan termasuk dalam Fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.
"Justeru, mereka tidak lagi menjadi ahli Bersatu seperti yang disimpulkan dan disahkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi parti pada 4 Jun 2020.
"Sehubungan itu, mahkamah berpendapat tindakan memfailkan saman ini oleh plaintif dan peristiwa yang diambil pada 18 Mei oleh plaintif pertama hingga kelima, telah melanggar Fasal 10.2 Perlembagaan Bersatu.
"Justeru, plaintif tidak mempunyai locus standi (hak perundangan) untuk mengekalkan tindakan ini terhadap defendan," katanya.
Mengenai isu penamaan parti sebagai plaintif ketujuh dalam saman itu, hakim berkata berdasarkan Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan, tindakan menamakan Bersatu sebagai plaintif adalah tidak sah.
Ini kerana sebuah persatuan tidak mempunyai kedudukan dan tidak kompeten untuk menyaman sebagai plaintif kerana persatuan tidak dapat menyaman di bawah namanya, kata beliau.
Pada 17 Jun, Muhyiddin, Hamzah, Muhammad Suhaimi dan Masyati (Ketua Pengarah ROS) sebagai defendan telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman tersebut dengan alasan saman tersebut satu tindakan yang remeh, menyalahgunakan proses mahkamah selain Dr Mahathir dan plaintif lain tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan undang-undang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020
Mahkamah memutuskan bahawa Dr Mahathir dan lima lagi plaintif tidak mempunyai lokus standi untuk mengemukakan tindakan undang-undang terhadap defendan. - Gambar fail
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Kes rasuah, pengubahan wang haram Adam Radlan: Bekas pengurusan JPM, MoF akan dipanggil
Bekas pengurusan tertinggi JPM dan MoF adalah antara 47 saksi pendakwaan yang akan dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram Adam Radlan.
Lebih ramai pemimpin, pengasas Bersatu dijangka sertai PKR - Muhammad Faiz
Bekas Ahli MPT Bersatu Dr Muhammad Faiz Na'aman menjangka lebih ramai pemimpin dan pengasas parti itu di semua peringkat akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
'Ramai sudah mula hilang keyakinan kepada Bersatu' - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semakin ramai orang sudah hilang keyakinan kepada pembangkang terutama Bersatu.
Tiada ADUN lain akan ikut jejak Abdul Rashid
Menurutnya, tindakan ADUN Selat Klang itu juga tidak dipersetujui oleh wakil rakyat lain kerana dianggap membelot kepada pengundi.
Bersatu akan berdepan krisis perlembagaan parti - Puad
Ia susulan tindakan ADUN Selat Klang isytihar sokongan kepada MB ketika parti itu baru meluluskan pindaan perlembagaan.
PRK: Pas sedia tanding kerusi Jeli, Gua Musang
Difahamkan tindakan itu susulan Bersatu membuat pindaan perlembagaan parti itu pada Sabtu.
Pindaan perlembagaan akan beri kesan kepada enam MP Bersatu – Muhyiddin
Pindaan perlembagaan Bersatu akan memberi kesan kepada kedudukan enam Ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri.
Jana Wibawa: 47 saksi akan beri keterangan terhadap Adam Radlan
Saksi-saksi ini akan memberi keterangan berdasarkan pernyataan saksi dan dokumentasi bagi semua kes terbabit telah pun diserahkan kepada pihak pembelaan.