KUALA LUMPUR :Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mengeluarkan keterangan bersifat ‘pendapat’ dan ‘kesimpulan’ daripada pernyataan saksi pegawai penyiasat dalam perbicaraan kes dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendapati lapan perenggan dalam pernyataan saksi pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Fairul Rafiq Hamiruddin bersifat prejudis kepada Ahmad Zahid.
“Mahkamah juga bersetuju bahawa apa sahaja yang berbentuk pendapat dan kesimpulan daripada keterangan-keterangan pegawai penyiasat ke-89 itu perlu dikeluarkan secara keseluruhannya.
“Perintah ini juga terpakai untuk semua pernyataan saksi pegawai penyiasat lain,” katanya selepas mendengar hujahan dari kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid dalam hujahannya berkata keterangan bertulis pegawai penyiasat SPRM yang secara terus menyatakan Ahmad Zahid telah menerima atau melakukan rasuah sedangkan hanya mahkamah sahaja yang boleh tentukan sama ada sesuatu kesalahan itu dilakukan.
“Pada perenggan ke-37 keterangan Fairul Rafiq menyatakan ‘oleh yang demikian, saya menyatakan bahawa tertuduh sebagai Menteri Dalam Negeri yang meluluskan perlantikan Profound Radiance sebagai Pengendali OSC Nepal dan Pakistan telah menerima suapan secara rasuah daripada penama Azlan Shah'.
“Maka keterangan ini perlu dikeluarkan daripada penyataan saksi. Malah Azlan Shah Jafril (saksi pendakwaan ke-38) dalam keterangannya telah menyatakan bahawa tidak ada elemen rasuah di dalam pemberiannya yang di mana kaki ceknya ditulis ‘charity’.
“Keterangan ini dikategorikan sebagai 'pendapat' kerana tiada apa-apa keterangan di hadapan mahkamah ini berkaitan pemberian ini adalah rasuah, selain keterangan ini mendahului mahkamah, keterangan seperti ini adalah ‘inadmissible’ (tidak boleh diterima),” katanya.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Gan Peng Kun dalam hujahannya berkata pernyataan saksi Fairul Rafiq bukan berbentuk pendapat tetapi berdasarkan siasatan dan bukti yang telah dikumpulkan oleh saksi itu.
“Pegawai penyiasat berhak untuk mengemukakan bukti dan terserah kepada mahkamah untuk memutuskan kebolehpercayaan siasatan tersebut,” katanya.
TPR Datuk Raja Rozela Raja Toran pula berkata bukti yang diketengahkan pegawai penyiasat tidak boleh dibaca sebagai pendapatnya kerana beliau membuat penilaian berdasarkan apa yang telah diperoleh dalam siasatannya.
"Beliau berusaha menghubungkan apa yang diperoleh daripada hasil penyiasatannya. Beliau ke mahkamah dan memberitahu mahkamah mengenai bukti yang diperoleh dan untuk mahkamah menilainya. Tetapi ini tidak menjadikannya (pernyataan) tidak boleh diterima," katanya.
Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan yang bersambung petang ini akan mendengar keterangan Fairul Rafiq.
Bernama
Tue Oct 13 2020
Ahmad Zahid, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Lawatan ke Riyadh: Blinken melawat Arab Saudi esok
Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken akan melawat Arab Saudi pada Isnin untuk bertemu dengan rakan serantau dan membincangkan usaha mencapai gencatan senjata di Gaza dan pembebasan tebusan Israel.
Iraq lulus akta penjara maksimum 15 tahun
Parlimen Iraq meluluskan undang-undang yang menjenayahkan hubungan sejenis dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun pada Sabtu.
PRK Kuala Kubu Baharu: MB nafi rumah terbuka Selangor langgar akta
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada Sabtu malam di pekan Kuala Kubu Bharu (KKB) di sini, tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
Tahun Baharu Tamil, Hari Vishu diharap bawa permulaan hidup harmoni - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata kedua-dua sambutan itu mempunyai keunikan budaya dan sejarahnya yang tersendiri.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
TPM, Jemaah Menteri ucap selamat menyambut Nuzul al-Quran
Ahmad Zahid berkata, al-Quran adalah petunjuk dan membimbing manusia ke arah kebaikan dan kebenaran serta meningkatkan keimanan.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
Stoking tertera kalimah Allah: Ahmad Zahid minta semua pihak patuhi titah Agong
Ahmad Zahid menegaskan isu tersebut harus diselesaikan dengan sebaiknya supaya tidak timbul sebarang permasalahan, apatah lagi dikaitkan dengan sentimen 3R.
Bukan UMNO runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan bahawa bukan parti itu yang meruntuhkan Muafakat Nasional (MN).
22 juta umat Islam belanja RM5.4 bilion di bazar Ramadan - Ahmad Zahid
Justeru, Ahmad Zahid mengingatkan kepada umat Islam agar bersederhana ketika berbelanja pada bulan puasa dan mengelak pembaziran.
Presiden UMNO adakan pertemuan tertutup bersama 14 ketua bahagian di Kelantan
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan perjumpaan tertutup bersama 14 Ketua UMNO Bahagian Negeri Kelantan.